Baru-baru ini, Janna dilihat ada memuat naik video mempromosikan lagu terbarunya itu. Buat pengetahuan, Janna Nick baru sahaja melancarkan single terbaru berjudul Gatal.
Memuat video yang dikongsi di aplikasi instagram dan tiktok, Janna dilihat berendam di dalam tab mandi yang dipenuhi buih sambil menyanyikan lagunya.
Video aksi mandi buih itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mengatakan lelaki gatal boleh membayangkan pelakon itu mandi di tab mandi air.
Tidak kurang juga ada segelintir netizen yang mengatakan mereka malu apabila melihat video tersebut.
“Pakai baju la woi” – Netizen
Bagaimanapun, ada yang mempertahankan Janna dengan mengatakan pelakon itu memakai pakaian ketika mandi di tab tersebut.
Netizen berkata, jika anda merakam video untuk muzik, sudah pasti Janna memakai pakaian dan meminta orang ramai tidak berfikiran negatif.