Aliff Channel
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
No Result
View All Result
Home Lifestyle Life Tips

Luah Susah Tidur Dah 3 Bulan Walaupun Penat, Gadis Sedih Minta Pendapat Tapi Dikritik

leav by leav
January 10, 2022
in Life Tips, Netizen

Sumber foto: TikTok (screenshot)

0
SHARES
1
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Selepas penat melakukan rutin harian, tidur yang cukup adalah salah satu cara untuk memastikan badan kita kembali segar.

Namun, sukar bagi seseorang yang mengalami masalah insomnia jika tidurnya tidak lena, walaupun secara fizikal dan mentalnya sangat letih.

Masalah ini dialami oleh personaliti TikTok terkenal yang akrab dipanggil Cici. Bukan itu sahaja, ramai juga antara mereka yang prihatin memberi cadangan untuk Cici mendapatkan rawatan selepas memuatnaik video meminta pendapat daripada warganet berhubung perkara itu.

@cicimariposa

Sekadar luahan hati. Abaikan muka buruk aku

♬ original sound – Cici

Sudah lebih 3 bulan dia tidak tidur lena, gadis ini mengaku sangat letih kerana tidak cukup rehat. Menurutnya lagi, dia pernah berjalan sepanjang hari kerana keletihan sehingga boleh tidur pada waktu malam tetapi itu hanyalah usaha yang sia-sia.

Kerana insomnia yang dihadapi, kini Cici terpaksa bergantung kepada ubat untuk mendapatkan rehat yang secukupnya. Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet bersimpati dengan masalah dihadapi oleh gadis berkenaan.

Namun ada juga segelintir individu yang mengambil tindakan mengkritik gadis ini.

Hantaran video luahan seorang gadis ini telah meraih hampir 300 ribu jumlah tontonan semenjak dimuatnaik di TikTok.

1 4 Tips Untuk Dapatkan Tidur Yang Berkualiti

Sahabat Aliff Channel sekalian, masalah susah ini perlu dirawat dengan segera supaya ia tidak menjadi perkara yang lebih serius seperti insomnia.

ADVERTISEMENT

Kita seharusnya mendapatkan rehat dan tidur secukupnya agar memastikan supaya diri akan rasa lebih bertenaga pada keesokan hari selepas menjalani aktiviti harian yang memenatkan.

Namun begitu, ramai mempunyai masalah tidur sehingga mereka tidak boleh melelapkan mata dengan mudah.

Kurangkan pengambilan gula & kafein

Memetik laman Daily Entertainment, salah satu cara yang boleh membantu seseorang untuk tidur lena adalah dengan mengurangkan pengambilan gula dan kafein.

Mengambil kedua-dua bahan ini secara berlebihan boleh menyebabkan anda hyper dan sukar untuk melelapkan mata anda. Oleh itu, sebaiknya elakkan kedua-dua bahan ini pada waktu petang dan malam.

ADVERTISEMENT

Amalkan makan buah-buahan

Amalan mengambil makanan sihat seperti buah-buahan boleh menyebabkan seseorang itu mudah tidur dan selesa.

Buah-buahan yang mengandungi melatonin seperti pisang boleh menyebabkan anda rasa mengantuk dan membantu mengawal tidur.

Jauhi elektronik

Di samping itu, barangan elektronik seperti televisyen dan telefon sebaiknya dijauhkan dari katil.

Ini kerana, ia akan membuatkan anda terganggu dan sukar untuk mendapatkan rehat yang cukup.

Malah, meninggalkan telefon di bawah bantal juga boleh menyebabkan radiasi yang akan menjejaskan tidur.

Bersenam di waktu pagi

Melakukan senaman pagi seperti berlari dan berjoging dapat menyediakan badan untuk sebarang aktiviti pada hari tersebut.

Bersenam boleh membantu melancarkan semula sistem peredaran darah dalam badan dan memudahkan seseorang itu berehat pada waktu malam.

Tags: TikTokwanita

Popular Minggu Ini

  • Jayakan Semula Watak Jack Sparrow, RM1.3 Bilion Ditawarkan Disney Untuk Johnny Depp

    Jayakan Semula Watak Jack Sparrow, RM1.3 Bilion Ditawarkan Disney Untuk Johnny Depp

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 35 Tempat Menarik Di Janda Baik Untuk Bersantai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ini Sebab Mengapa Kerusi Pawagam Ditengah Paling Selesa Bila Menonton Wayang

    283 shares
    Share 283 Tweet 0
  • Dual Monitor – Bukan Sebab Bangsawan, Tapi Produktiviti Berganda

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 9 Cadangan Minyak Wangi Wanita Tahan Lama, Buat Lelaki Terpikat!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Aliff Channel merupakan laman media atas talian yang menyediakan informasi dan produk terkini merangkumi;- tips, informasi, lifestyle, netizen, hubungan, hiburan, travel, kesihatan dan lain-lain.


A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved