Aliff Channel
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
No Result
View All Result
Home Lifestyle Family

Jangan Pandang Remeh, Bedak Bayi Sebenarnya Boleh Memudaratkan Kesihatan

leav by leav
January 7, 2022
in Family, Life Tips

Foto ilustrasi

0
SHARES
0
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Bayi biasanya diberi bedak untuk menjadikan mereka berbau harum dan segar dan malah bedak bayi juga sering digunakan oleh kanak-kanak

Kegunaan bedak biasanya adalah untuk menghilangkan dan mewangikan bau badan.

Tahukah sahabat Aliff Channel semua, pemakaian bedak pada bayi menjadi bahan perdebatan, sehingga kini.

Ada yang mengatakan bedak bayi ini berbahaya, ada yang kata bedak bayi ini selamat digunakan untuk bayi dan kanak-kanak.

Mana satu yang betul? Jom, lihat penjelasan berikut.

Bedak bayi biasanya diperbuat daripada serbuk talkum (magnesium silicate) atau tepung jagung.

Bedak bayi ini sebenarnya sudah lama digunakan untuk bayi dan kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini terdapat maklumat yang tersebar bahawa penggunaan bedak talkum pada bayi mempunyai risiko menyebabkan kesan sampingan yang serius, seperti kanser.

ADVERTISEMENT

Risiko Menggunakan Bedak Bayi

Ramai ibu bapa yang percaya bedak bayi boleh mencegah dan merawat ruam lampin bayi.

Selain itu, bedak bayi juga sering digunakan untuk kanak-kanak untuk menghilangkan bau badan.

Namun, adakah penggunaan bedak bayi baik untuk kesihatan bayi dan kanak-kanak?

Sebenarnya, kelebihan bedak bayi ini belum terbukti secara perubatan.

ADVERTISEMENT

Belum tentu bedak bayi memberi kebaikan seperti menghilangkan ruam atau bau pada bayi dan kanak-kanak.

Selain itu, bedak bayi boleh mendap di lipatan kulit, dan peluh serta cecair kencing bayi boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit.

Jadi, penggunaan bedak bayi tanpa usaha menjaga kebersihan sebenarnya boleh menyebabkan atau memburukkan lagi kerengsaan kulit.

Beberapa kajian juga mendedahkan bahawa penggunaan bedak pada bayi dan kanak-kanak mempunyai risiko menyebabkan masalah kesihatan. Berikut adalah sebahagian daripadanya, memetik laman bobo.grid.id:

Gangguan pernafasan

Bedak mudah terbang di udara dan dihidu oleh bayi dan kanak-kanak.

Oleh itu, bedak bayi mempunyai risiko tinggi merengsakan saluran pernafasan bayi dan kanak-kanak serta menyebabkan masalah pernafasan.

Kanser

Bedak yang diperbuat daripada talkum dikatakan boleh mencetuskan kanser.

Ini kerana bedak talkum biasanya mengandungi bahan berbahaya yang dipanggil asbestos iaitu bahan penyebab kanser.

Apabila bahan asbestos ini dihidu dalam jangka masa yang lama, akan ada risiko besar untuk mendapat kanser paru-paru.

Apakah Pendapat Pakar?

Kerana bedak talkum berisiko, sesetengah pakar tidak mengesyorkan menggunakan bedak talkum pada bayi dan kanak-kanak.

Bagaimanapun, produk bedak talkum yang telah berdaftar perniagaannya dengan dan dijual bebas di pasaran Malaysia adalah tidak mengandungi bahan berbahaya, dan selamat untuk digunakan.

Walaupun begitu, bedak bayi hendaklah digunakan mengikut arahan penggunaan yang tersedia.

Jika anda ingin menggunakan bedak bayi, ambil jumlah yang sesuai di tapak tangan anda, campurkan, dan tepuk pada muka anda.

Selain itu, jangan terus tuangkan bedak pada badan bayi.

Sahabat semua kenalah sentiasa berhati-hati dan ingatkan ibu bapa supaya jangan tabur bedak bayi di sekitar hidung bayi, okay?

Tags: bedak

Popular Minggu Ini

  • Benarkah Ketumbit Berjangkit Melalui Pandangan Mata

    82 shares
    Share 82 Tweet 0
  • 17 Tempat Menarik Di Cameron Highland Yang Popular 2022

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 35 Tempat Menarik Di Janda Baik Untuk Bersantai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 9 Cadangan Minyak Wangi Wanita Tahan Lama, Buat Lelaki Terpikat!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cara Mudah Hilangkan Semut Dalam Beras

    36 shares
    Share 36 Tweet 0

Aliff Channel merupakan laman media atas talian yang menyediakan informasi dan produk terkini merangkumi;- tips, informasi, lifestyle, netizen, hubungan, hiburan, travel, kesihatan dan lain-lain.


A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved