Aliff Channel
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
No Result
View All Result
Home Hiburan Gosip

Respon Sharnaaz Ahmad Dikaitkan Dengan Janggut Ikonik Suami Heliza Helmi

leav by leav
January 3, 2022
in Gosip

Foto: instagram.com

0
SHARES
4
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Menjadi seorang selebriti malah aktivitis tidaklah mudah, kerana tindak-tanduk kita dan kehidupan peribadi kita akan sentiasa menjadi bualan warganet.

Ramai terkejut apabila Heliza Helmi, 36, tiba-tiba dikhabarkan telah berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya. Malah, sebagai seorang wanita sopan tidaklah terjangka oleh ramai bahawa dia akan memilih lelaki yang berpewatakan lebih berani di khalayak ramai.

Tetapi, itulah namanya jodoh dan soal hati, siapalah kita untuk terkejut. Kita seeloknya tumpang rasa bahagia dan doakan terbaik untuk kebahagiaan mereka.

Pernikahan Heliza Helmi dengan jutawan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman menjadi topik perbualan hangat warganet adalah kerana janggut suami Heliza yang kelihatan panjang sehingga paras bawah dada.

Difahamkan juga, janggut Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman telah dijaga olehnya sejak 15 tahun yang lalu. Ada pula warganet yang bersungguh-sungguh membuat kajian mengatakan janggut beliau persis janggut Dewa Melayu yang disembah orang Cina di Malaysia iaitu dikenali Datuk Gong, Datuk Na Tuk Kong atau Datuk Keramat.

Malah dakwaan mereka lagi, janggut suami Heliza tidak mampu mengalahkan lelaki dengan janggut terpanjang dunia iaitu Bhau Sarwak Singh iaitu Ketua Guru Nanak Sikh dari Kuil Surrey.

Mungkin ia hanya sekadar hiburan di kalangan warganet yang tertekan berikutan isu sosial dan ekonomi terkesan akibat pandemik Covid-19.

Tidak cukup dengan itu, warganet turut memetik nama Sharnaz Ahmad sehingga beliau terpaksa hadir memberi respon.

ADVERTISEMENT
Foto: instagram.com

“Disebabkan orang lain, janggut aku pula yang disuruh rebonding.

“Hey! Sama tapi sangat berbeza,” katanya dalam satu perkongsian instagram story.

Dalam perkongsian lain, pelakon drama tersebut turut memuat naik foto dia telah memotong dan merapikan janggut serta jambangnya.

“Okey aku dah kemaskan jambang supaya tiada kekeliruan,” tulisnya.

ADVERTISEMENT

Begitulah situasi yang dilalui aktor popular, Sharnaaz Ahmad apabila terdapat segelintir individu yang memintanya untuk meluruskan (rebonding) janggut miliknya.

Tags: selebriti

Popular Minggu Ini

  • Jayakan Semula Watak Jack Sparrow, RM1.3 Bilion Ditawarkan Disney Untuk Johnny Depp

    Jayakan Semula Watak Jack Sparrow, RM1.3 Bilion Ditawarkan Disney Untuk Johnny Depp

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 35 Tempat Menarik Di Janda Baik Untuk Bersantai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ini Sebab Mengapa Kerusi Pawagam Ditengah Paling Selesa Bila Menonton Wayang

    283 shares
    Share 283 Tweet 0
  • Dual Monitor – Bukan Sebab Bangsawan, Tapi Produktiviti Berganda

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 9 Cadangan Minyak Wangi Wanita Tahan Lama, Buat Lelaki Terpikat!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Aliff Channel merupakan laman media atas talian yang menyediakan informasi dan produk terkini merangkumi;- tips, informasi, lifestyle, netizen, hubungan, hiburan, travel, kesihatan dan lain-lain.


A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved