Aliff Channel
  • Netizen
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
  • Netizen
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
No Result
View All Result
Home Antarabangsa

Juruterbang Bertukar Jadi Runner Untuk Kelangsungan Hidup

Adenan by Adenan
April 8, 2020
in Antarabangsa, Netizen
0
SHARES
48
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Peter Login yang baharu sahaja berkhidmat selama empat bulan untuk BA telah memuat naik satu ciapan di dalam akaun Twitter milik beliau dengan kata-kata, “@BritishAirways 747 telah digantung buat sementara waktu. Kembali ke kokpit bersama dengan @Tesco.”

Situasi COVID-19 telah memberi kesan kepada ekonomi dunia sehingga memaksa seorang juruterbang British Airways (BA) yang digantung penerbangannya untuk memulakan pekerjaan baharu sebagai ‘runner’ untuk jenama pasaraya terbesar dunia, Tesco.

Dia walaubagaimanapun telah menerima pujian dari penduduk British apabila sanggup menukar kerjaya daripada pemandu Boeing 747 kepada pemandu van jenis Mercedes Sprinter bagi tujuan penghantaran makanan kepada warga Britain.

Salah seorang pengguna Twitter telah membalas ciapan Peter dengan menyatakan ; “Anda telah menunjukkan karakter anda yang sebenar. Saya harap anda kembali ke dek penerbangan tidak lama lagi.”

Ucapan beliau telah mendapat perkongsian yang tinggi dan disambut positif oleh warga net. Ada sesetengah daripada mereka yang memuji usaha Peter yang sanggup menukar kerjayanya untuk sementara waktu.

Manakala ada juga yang memuji beliau kerana sanggup membantu negara dalam situasi pademik ; “Bagi orang lain, ia mudah, sama ada membantu negara dengan melakukan kerja yang diperlukan atau kekal duduk di Rumah. Tidak ada perbezaan, kedua-dua tetap sama.”

BA sebelum ini telah bertindak menggantung semua penerbangan di Gatwick, malah BA juga telah memotong separuh daripada perkhidmatan mereka di Heathrow. Kesannya kepada tenaga kerja BA adalah gaji mereka dipotong 50% selama tiga bulan dan diberitahu untuk mengambil dua minggu cuti tanpa gaji pada bulan April dan Mei.

Untuk rekod, ini merupakan kali kedua Peter berada di dalam situasi di mana dia tidak boleh bekerja dalam masa beberapa bulan. Beliau pernah bekerja untuk Thomas Cook selama tiga tahun sebelum syarikat penerbangan tersebut dilanda masalah pada September lalu.

ADVERTISEMENT

Peter kemudian telah berpindah ke British Airways dan telah berkhidmat di sana selama empat bulan sebelum COVID-19 datang menyerang sehingga semua penerbangan BA ke seluruh dunia terpaksa digantung.

ADVERTISEMENT
Tags: covid-19juruterbangrunner

Popular Minggu Ini

  • “Saya Memang Tak Ada Rumah,” – Khairul Amin Dedah Perbelanjaan Hidupnya

    “Saya Memang Tak Ada Rumah,” – Khairul Amin Dedah Perbelanjaan Hidupnya

    563 shares
    Share 225 Tweet 141
  • Sedap Ke? Coca-Cola Buat Resipi Baru Guna Artificial Intelligence (AI) – Y3000 Zero Sugar

    128 shares
    Share 51 Tweet 32
  • Daiyan Trisha Jumpa Pelakon Amerika, Netizen Mengidamkan Kehidupan Sepertinya

    58 shares
    Share 23 Tweet 15
  • Jom Tengok Apa Yang Kitorang Rasa Lepas 2 Minggu Guna lil SOLID Ez

    319 shares
    Share 128 Tweet 80
  • Nahas Kapal Terbang Terhempas Di Elmina Berulang Selepas 46 Tahun

    15 shares
    Share 6 Tweet 4
No Result
View All Result
No Result
View All Result

Aliff Channel merupakan laman media atas talian yang menyediakan informasi dan produk terkini merangkumi;- tips, informasi, lifestyle, netizen, hubungan, hiburan, travel, kesihatan dan lain-lain.


A part of Val Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Netizen
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved