Aliff Channel
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
No Result
View All Result
Home Lifestyle Kesihatan

Di Bedah Sambil Bermain Biola, Pesakit Ini Berjaya Dirawat

Adenan by Adenan
March 29, 2020
in Kesihatan, Sains, Unik
34
SHARES
2
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Di bedah sambil bermain biola? Pasti anda rasa perkara yang tidak logik namun itulah yang berlaku kepada pesakit ini. Beliau merupakan pemain biola dan sudah menjadi hobinya sejak kecil lagi.

Sesiapa yang melihat video ini pasti akan mengalami perasaan yang berbaur; seram, ngilu, takut dan mungkin takjub? Pemandangan seorang pesakit yang sedang dibelah otaknya sambil bermain biola! Ini bukanlah sesuatu yang mudah ditemui di dalam bilik pembedahan ya.

Pesakit yang dibedah bernama Dagmar Turner, merupakan penghidap ketumbuhan di otak selama bertahun-tahun semenjak 2013. Lantaran itu rawatan melalui pembedahan telah dilakukan beberapa hari yang lepas bertujuan membuang tisu berbahaya di dalam otak beliau yang terletak di kawasan otak yang mengawal pergerakan tangan kiri.   

Bermain Biola

Pemain biola yang bermain dengan Isle of Wight Symphony Orchestra ini bimbang sekiranya pembedahan otak ini boleh menjejaskan keupayaan motor yang banyak bergantung pada tangan kirinya mengawal tali instrumen dalam menghasilkan pitch yang berbeza. Menurut wanita pertengahan usia ini, kehilangan upaya bermain biola seperti kehilangan separuh dari semangatnya untuk hidup.

Beliau yang berusia 53 tahun telah mencadangkan kepada pihak hospital Kings College di London supaya beliau bermain biola sambil berbaring ketika pembedahan dijalankan. Sepanjang prosedur, Dagmar telah memainkan gubahan muzik oleh Gustav Mahler, George Gershwin dan Julio Iglesias.

Jenis pembedahan tersebut dinamakan “awake craniotomies” di mana pesakit masih dalam keadaan separa sedar ketika pakar bedah saraf melakukan pembedahan. Pakar bedah akan membuat pemerhatian ke atas tindak balas pesakit ketika mengusik saraf-saraf tertentu ketika menjalankan pembedahan seperti menjawab soalan, membuat pergerakan atau mengenalpasti imej. Melalui kaedah ini ahli bedah saraf boleh memetakan otak dan mengelakkan kawasan terjejas yang mengawal fungsi ini. Keupayaan otak pesakit akan terpelihara dari sebarang kecacatan selepas dibedah.

Jangan bimbang, sebenarnya Dagman telah diberi ubat bius ketika pembedahan dilakukan. Walaupun tengkorak beliau terkuak mengerikan, Dagman tidak langsung berasa sebarang kasakitan kerana saraf-saraf berhampiran otaknya telahpun dibius. 90 peratus tisu ketumbuhan telah berjaya dibuang.

Bermain biola adalah hobi yang paling disukai Dagmar. Selain kes Dagman, pernah berlaku beberapa pesakit beraksi ketika kepala mereka dibedah contohnya guru muzik bermain saksafon dan seorang akauntan menyelesaikan masalah matematik. Hebat bukan kepakaran manusia dalam perubatan moden?

ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
Tags: bedahbiolaDoktorrawatan

Popular Minggu Ini

  • sayur kangkung

    Elakkan Masak Kangkung Tumis Campur 2 Bahan Ini

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mahu Timang Bayi Lelaki, Wanita Hamil Ketuk Paku Ke Dalam Kepala

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tidak Hanya Rasa Mengantuk, Ini Bahaya Makan Kangkung Waktu Sahur

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ini Golongan Jenis Darah Yang Paling Suka Tidur

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Keunikkan Wanita Berkening Tebal

    553 shares
    Share 553 Tweet 0

Aliff Channel merupakan laman media atas talian yang menyediakan informasi dan produk terkini merangkumi;- tips, informasi, lifestyle, netizen, hubungan, hiburan, travel, kesihatan dan lain-lain.


A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved