Pada hari ini, Apple telah melancarkan iPhone Pro 11, yang dimuatkan dengan ciri-ciri kamera baru seperti mod potret menghilangkan latar belakang, kanta depan yang boleh mengambil video gerakan perlahan, yang mana Apple berharap anda akan memanggil ia sebagai “slofies” dan tiga lensa berasingan yang mengambil gambar sudut lebar.
Tetapi, Apple sudah menghadapi reaksi orang ramai terhadap reka bentuk kamera tersebut. Di twitter, ramai menulis tweet mengenai bagaimana rupa ketiga-tiga lensa itu membuat mereka menjadi trypophobia dengan corak lubang-lubang ketat yang membuatkan mereka berasa jijik atau ngeri apabila melihat gambar telefon baru itu.
Ada juga yang mengadu bahawa rekaan lensa itu akan membuat mereka untuk melangkau iPhone baru itu dan menunggu model baru iPhone 12 di masa hadapan. Seperti yang dinyatakan, trypophobia bukanlah satu keadaan perubatan yang diiktiraf secara rasmi, tetapi itu tidak bermakna orang rasa selesa.
Mengikut perkongsian orang ramai di laman sosial juga, iPhone itu akan dijual pada harga berikut ini:
iPhone 11 Pro Max
64GB- RM5,299.00
256GB -RM5,999.00
512GB -RM6,899.00
iPhone 11 Pro
64GB- RM4,899.00
256GB -RM5,599.00
512GB -RM6,499.00
Bukan hanya setakat trypophobia ada juga orang yang melihat kanta lensa itu seperti boba dalam minuman bubble tea yang menjadi trend popular ketika ini. Akhir kata, bagaimana menurut anda? Adakah anda ingin memiliki keluaran model terbaru iPhone ini atau tidak?