Ada yang suka mengambil gambar selfie atau instagram stories sehingga menjadi satu keperluan harian untuk menunjukkan kecantikan diri. Ada sesuatu yang dirasakan kurang apabila tidak memuat naik foto atau mengemas kini status di media sosial dalam sehari. Sebenarnya, apakah tujuan anda melakukan aktiviti itu?
Adakah agar supaya semua orang tahu bahawa anda cantik? Jika semua orang tahu siapa anda, wajah anda dan aktiviti harian anda, apa pula untuk ditunjukkan kepada bakal suami anda kelak? Cukuplah menjaga kecantikan anda untuk diri anda sendiri dan bakal suami anda. Tidak kerap memuatnaik gambar selfie di media sosial sebenarnya membuat anda rasa lebih bahagia. Berikut ini sebabnya.
1 Kecantikan anda bukan untuk kegunaan awam
Sebenarnya, apa yang anda cari dengan sengaja memuatnaik foto diri anda sendiri ke media sosial peribadi anda? Kejar like gambar? Komen yang baik? Pujian dari orang-orang yang tidak mengenali anda sama sekali? Jika kecantikan anda dinikmati oleh orang ramai, tidak mengapa. Tetapi, adakah anda pasti bahawa mereka ini benar-benar menyukai anda? Satu-satunya yang anda dapatkan adalah reaksi dari lelaki miang. Memuatnaik foto anda ke media sosial bermakna anda berkongsi kecantikan anda secara percuma dengan orang lain.

2 Kerap selfie juga boleh meletakkan diri anda dalam bahaya
Anda mungkin gemar mengambil gambar selfie, sehingga sanggup menghabiskan masa satu jam dan memuatnaik foto wajah anda untuk menunjukkan betapa indahnya diri anda. Dengan banyaknya foto yang anda muatnaik dengan kerap, anda tidak tahu berapa banyak gambar-gambar anda tersebar di ruang siber.
Adakah anda tahu, mungkin ada orang berniat jahat di luar sana benar-benar menggunakan gambar anda untuk penipuan, jenayah atau untuk kegiatan tidak bermoral? Juga boleh digunakan sebagai bahan meme oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Foto yang anda muatnaik di internet boleh diakses dengan mudah oleh sesiapa sahaja dan akan digunakan oleh sesiapa sahaja kerana anda memuatnaik secara terbuka.
3 Keseronokan yang anda perolehi hanyalah untuk seketika!
Selepas anda memuatnaik foto selfie di media sosial, apa yang akan anda dapat? Hanya pujian seketika? Kebanyakan hanyalah membuat orang lain cemburu, tetapi hanyalah sementara. Selepas itu, siaran anda akan dilupakan oleh kawan siber anda. Gambar diri anda yang sudah cantik akan diganti dengan foto-foto lain yang lebih menarik.
Kebahagiaan yang anda perolehi ini hanyalah seketika dan adalah bersifat pseudo. Ingatlah bahawa foto yang anda muatnaik akan selamanya disimpan di internet. Sebaik sahaja anda memuatnaik foto di media sosial, foto anda akan sentiasa disimpan di internet. Foto anda dengan mudah akan tersebar di ruang siber dan sesiapa sahaja boleh menggunakan foto anda untuk sebarang tujuan. Walaupun anda memadamkannya, foto anda masih disimpan kerana terdapat beberapa laman web tertentu yang secara automatik menyimpan imej dari media sosial seseorang.
Ia juga mungkin kerana rakan anda telah menyimpan dan memuat semula atau istilah ‘repost’ foto anda. Sekiranya foto anda telah tersebar di ruang siber, adalah sukar untuk menghapuskannya dari ruang siber. Keadaan ini akan memberi kesan jika anda memohon pekerjaan di syarikat terkenal, kerana pada masa ini pihak HR syarikat tidak hanya melihat CV tetapi juga rekod jejak seseorang di dunia maya. Anda juga yang kerugian di kemudian hari, kan?

4 Bukankah lebih bahagia jika kecantikan anda dipuji hanya oleh orang yang menyayangi anda sepenuh hatinya?
Cuba tanya diri anda, adakah anda benar-benar gembira mendapat perhatian dan pujian dari orang yang anda tidak tahu? Fikirkanlah, adakah orang-orang yang suka memuji kamu di dunia maya benar-benar tulus seperti yang anda anggap dan adakah mereka masih memuji anda untuk siapa diri anda sebenar jika anda memuatnaik gambar tanpa makeup atau ubahsuai foto? Bukankah kebahagiaan lebih dirasai apabila ada orang yang memuji secara langsung dan bersemuka walaupun anda tidak memakai alat solekan?
Bukankah lebih bahagia jika orang yang memuji anda adalah orang-orang yang tulus mengasihi anda dengan ikhlas? Tanpa kerumitan mengambil gambar semua sudut dan pening memilih filter foto yang terbaik? Fikirkan lagi! Adalah lebih baik bagi kita untuk menjadi lebih bijak dan lebih berhati-hati dalam menggunakan media sosial untuk kehidupan seharian kita. Tidak semua orang baik, ada yang yang menggunakan foto anda untuk tujuan jenayah, dan bukan semua orang memiliki tujuan yang sama apabila menggunakan laman media sosial, ada yang untuk mendapatkan hiburan atau mencari maklumat.
Jangan biarkan media sosial dan ego anda menjadi penyebab dosa diri anda sendiri dan malah pula menimbulkan malapetaka yang sebenarnya merugikan anda. Cukuplah kecantikan anda disimpan untuk seorang lelaki yang bakal menjadi suami.
Keindahan anda adalah harta yang paling berharga yang hanya layak diperolehi oleh si dia yang berjuang untuk diri anda. Suami anda adalah yang paling berhak ke atas kecantikan anda. Mari jadi lebih pintar!