Pening kepala memikirkan cara simpan duit kahwin? Bercakap tentang bagaimana untuk menjimatkan wang mesti membuatkan dada rasa penuh sesak atas sebab pelbagai sebab seperti gaji yang kecil dan tidak mencukupi, keluarga memerlukan wang, keperluan dapur yang tinggi dan pelbagai jenis sebab lagi.
Soalan seperti bagaimana untuk menjimatkan wang dan membuat simpanan untuk perkahwinan seriong bermain di minda dengan gaji yang rendah. Sekiranya anda adalah seseorang yang sering bertanya kepada diri sendiri tentang cara menyimpan wang gaji untuk kegunaan masa depan untuk perkahwinan, membeli rumah, membeli kereta dan sebagainya, fahami berikut ini tips cara untuk menjimatkan dan simpan wang kahwin untuk masa depan.
1 Tabung perkahwinan
Walaupun calon belum jumpa lagi, buatlah tabung simpan duit kahwin. Apabila anda sudah berjumpa bidadari/putera idaman pilihan hati, boleh teruslah berkahwin.
Majoriti menyesal tidak membuat simpanan untuk kahwin seawal mungkin
Adalah satu kelebihan bila anda kumpul duit kahwin lebih awal. Tidaklah anda pening kepala di kemudian hari. Ramai yang bercinta sehingga 10 tahun, tetapi tiada tabung untuk perkahwinan.
2 Lelaki atau perempuan, mulakan menyimpan sekarang
Sekiranya majlis perkahwinan yang anda rancang memerlukan RM20,000, bolehlah setiap orang menyimpan RM10,000.
3 Adil dan saksama
Lelaki mengumpul wang untuk majlis kahwin membuktikan dia jenis yang dewasa dan berusaha untuk itu. Tanda, anda boleh menjadi seorang ketua keluarga.
4 Susah bersama-sama
Perempuan yang sanggup mengumpulkan wang perkahwinan membuktikan bahawa dia adalah seorang wanita hebat dan boleh hidup susah senang bersama-sama.
5 Jika sebelum kahwin tak mampu menyimpan, elak buat pinjaman bank
Jika anda membuat loan untuk membeli sesuatu contohnya telefon pintar, lupakan fikiran nak buat pinjaman pembiayaan peribadi untuk majlis perkahwinan. Ikutlah kadar kemampuan anda.
6 Sebelum kahwin dah tak mampu menyimpan, elak buat pembiayaan peribadi
Jika anda sebelum kahwin tidak dapat menjimatkan RM500 sebulan, jangan juga mengambil pinjaman peribadi sebanyak RM500 bulanan. Sesungguhnya, senak akan bayar kemudian.
7 Kongsi membuat simpanan
Beberapa bulan lagi nak kahwin tetapi wang tidak mencukupi. Buat simpanan RM1,000 sebulan dengan pasangan anda. Anda boleh kurangkan bayaran lain yang tidak diperlukan.
8 Bergantung harap pada satu penghasilan
Rajinlah menambah pendapatan sambil membuat pendapatan sampingan yang memerlukan modal kecil atau tidak bermodal seperti dropship, Uber, Grabcar dan lain-lain.
9 DIY pelamin sendiri, kurangkan kos yang tidak perlu
Jika anda adalah jenis kreatif, anda boleh membuat pelamin anda sendiri. Lebih banyak anda boleh berjimat. Kurangkan jenis hidangan sampingan, tetamu, jurugambar juga tidak diperlukan.