Secara amnya, proses mutasi genetik berlaku begitu sahaja dan sangat umum sehingga tiada kesan yang mengejutkan. Mutasi genetik ini adalah proses semulajadi yang berlaku dalam setiap makhluk hidup.
Dalam beberapa kes, mutasi genetik boleh membuat seseorang menjadi sangat cantik. Mutasi yang berlaku ini tidaklah berbahaya. Berikut ini beberapa contoh mutasi genetik yang paling menakjubkan yang berlaku bukan sahaja pada manusia, tetapi juga pada kucing.
1 Mata biru
Mata biru adalah hasil mutasi dalam gen HERC2. Orang dengan mata biru dianggap sangat menarik. Menurut satu kajian, wanita dengan mata berwarna cerah mampu mengatasi stres dan bertolak ansur dengan lebih baik, daripada wanita dengan warna mata gelap. Malangnya, sehingga kini belum ada kajian yang melibatkan golongan lelaki.
2 Mata hijau
Mata hijau adalah salah satu warna yang paling jarang dalam mutasi gen. Hanya 2% penduduk mempunyai ciri ini. Terdapat lebih ramai wanita dengan mata hijau daripada lelaki. Mata hijau dan mata biru, mengandungi sedikit melanin yang menjadikannya lebih sensitif terhadap radiasi UV.
3 Heterochromia
Heterochromia berlaku kerana lebihan atau kurangnya melanin. Ini boleh menjadi mutasi atau ciri yang disebabkan oleh kecederaan, penyakit, keradangan, atau kesan sampingan daripada penggunaan titisan mata tertentu.
Orang yang mempunyai mata heterochromia mempunyai daya penarik perhatian semua orang sehingga mustahil untuk berhenti memandang mereka, kerana keindahan mata mereka.
4 Rambut blonde kemerahan
Terima kasih kepada perubahan pada gen MC1R, ada orang yang mempunyai rambut merah di dunia ini. Hanya 2% daripada seluruh populasi manusia mempunyai rambut merah. Mutasi ini biasanya disertakan dengan bintik-bintik pada kulit atau frekles, dan warna mata yang lebih cerah. Namun, siapa akan tersangka rupanya ada juga orang Asia dan Afrika yang mempunyai rambut merah ini.
5 Freckles
Freckles, aka bintik-bintik di kawasan muka dan badan, adalah mutasi yang tidak merbahaya daripada gen MC1R. Fakta menarik, bayi sebenarnya dilahirkan tanpa bintik-bintik ini. Biasanya orang ramai berfikir bahawa bintik-bintik muncul jika menghabiskan banyak masa di bawah sinar matahari. Sebenarnya, ramai orang yang suka freckles, sehingga setakat ini telah menjadi salah satu trend make up!
6 Poliosis
Polyosis boleh menjejaskan kawasan badan yang berbulu, termasuk kening dan bulu mata. Ciri ini boleh menjadi gejala penyakit genetik yang teruk. Tetapi dalam kebanyakan kes, ini hanya mengenai kekurangan melanin dan tidak menyebabkan sebarang masalah sama sekali.
7 Belahan dagu
Pembelahan dagu adalah hasil mutasi gen yang menyebabkan tulang atau otot pada rahang bawah tidak bergabung sepenuhnya semasa perkembangan embrio. Ciri ini biasanya bersifat genetik yatau kata lain boleh diwarisi.
8 Otot
Mutasi genetik yang memberikan pertumbuhan otot pesat adalah ciri yang sangat jarang berlaku. Walaupun begitu, ada orang yang mempunyai ciri ini. Terima kasih kepada myostatin, protein yang menyebabkan pertumbuhan otot pesat, bayi boleh kelihatan seperti seorang pembina badan.
9 Polydactyly
Fenomena ini adalah anomali fizikal pada manusia dan haiwan yang menghasilkan jari atau kaki supernumerary atau lebih daripada yang seharusnya. Dalam kebanyakan kes, ini berlaku pada haiwan, iaitu kucing. Tetapi, kaki tambahan tidak menghalang haiwan ini daripada hidup bahagia.