Adakah anda berasa takut apabila melihat wanita? Anda mungkin mengalami ‘Gynophobia‘ atau ‘Gynephobia‘. Berbeza dengan ‘misogyny’, gynophobia adalah berasal daripada bahasa Greek, iaitu ‘gune’ bermaksud wanita dan phobia adalah rasa takut.
Dipetik daripada Studies in the Psychology of Sex , tulisan Havelock Ellis, di laman healthline.com, gynophobia bukanlah sejenis rasa trauma, sebaliknya hanya melibatkan perasaan takut, insecure, yang boleh terjadi pada lelaki dan wanita, terhadap wanita lain. Rasa takut terhadap lelaki yang kacak pula dikenali sebagai androphobia.
Majoriti orang yang mengalami gynophobia menerima rawatan mereka dalam bentuk sesi terapi. Gynophobia dirawat dengan psikoterapi, yang juga dikenali sebagai terapi perbualan. Terapi pendedahan dan terapi tingkah laku adalah dua bentuk psikoterapi yang kerap digunakan untuk merawat gynophobia.
Manakala, Caligynephobia, yang dikenali sebagai Venustraphobia atau hanya Gynephobia, adalah ketakutan yang tidak normal kepada wanita cantik. Pasti, ramai lelaki boleh berasa terancam oleh gadis-gadis cantik, dan lelaki bukanlah satu-satunya yang mengalami fobia ini, tetapi keadaan ini mengambil intimidasi kepada yang melampau. Bagaimanapun, rasa takut terhadap lelaki yang kacak pula dikenali sebagai androphobia.
Bagaimana? Adakah anda seorang yang takut melihat jantina berlawan jenis?