Setiap wanita mempunyai jenis-jenis rambut berbeza. Ada rambut jenis lurus, ikal, kerinting dan teksturnya juga berbeza. Cara mengeringkan rambut pastinya berbeza juga.
Tetapi tidak perlu dilihat dari segi ini sahaja, ada cara betul yang perlu anda ketahui bagaimana mengeringkan rambut anda supaya mahkota anda cantik dan sentiasa terjaga. Cuba lihat berikut ini untuk mengeringkan rambut anda dengan betul.
1. Sebelum bermula, pastikan anda mengetahui jenis dan tekstur rambut anda
Sebelum mula mengeringkan rambut, anda mesti tahu jenis dan tekstur rambut anda. Tekstur rambut dipengaruhi oleh folikel, yang merupakan beg kecil seperti akar di bahagian dalam kulit kepala. Folikel ini juga berbeza-beza, ada yang tebal, nipis dan sederhana. Wujudkah jenis pengering rambut yang selamat untuk semua jenis rambut dan tidak akan merosakkan folikel rambut?
Memandangkan keadaan alam sekitar penuh dengan pencemaran, sukar untuk tidak membasuh rambut anda setiap hari. Terutamanya pada zaman sekarang, pengering rambut tidak hanya untuk mengeringkan rambut sahaja, tetapi juga membentuk rambut untuk menjadi lebih cantik dan kemas. Apa jenis pengering rambut yang boleh membuat rambut seperti itu? Jadi, sebelum membeli pengering rambut, pastikan teknologi, suhu, dan bahan sesuai dengan keperluan rambut anda.
2. Pemilihan pengering rambut yang betul menentukan keberhasilan dalam mengeringkan rambut anda
Jika pengering rambut konvensional bergantung kepada haba untuk mengeringkan, pengering rambut EH-NA98 Dwi Mineral & nanoeTM dari Panasonic ini menggunakan zarah ion dan Dwi Mineral untuk penjagaan rambut anda. Kelembapan meresap ke dalam rambut dan mengetatkan kutikel, menjadikan rambut sihat dan cantik. Ini dapat mengurangkan kerosakan pada rambut akibat geseran ketika menyikat dan juga menghalang rambut rosak daripada sinaran ultra ungu matahari.
Pengering rambut Panasonic, bersaiz kecil dengan reka bentuk ergonomik juga dilengkapkan dengan daya kuasa tinggi (1800 watt) untuk mendapatkan rambut kering yang sempurna dan berkilat. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan pengawal selia suhu supaya dapat disesuaikan dengan keperluan jenis-jenis rambut anda. Mahu mencuba? Pengering rambut Panasonic terjual lebih 10,000,000 unit di Jepun. Harga pengering rambut (EH-NA98) ialah RM 899.00.
Cukup mahal, tetapi bernilai hasilnya yang berupaya untuk memberikan penjagaan sepenuhnya tidak hanya untuk rambut, malah kulit kepala dan kulit wajah sebagai tambahan kepada pengeringan rambut. Kadar keberhasilan mengeringkan rambut dengan sempurna juga.
3. Anda boleh mengeringkan rambut dengan tuala, terutama untuk rambut jenis lurus
Mengeringkan rambut dengan tuala tidak terlalu baik untuk rambut anda, tetapi buat anda yang mempunyai rambut lurus. Pertama, keringkan hujung rambut yang basah dengan tuala sehingga rambut sedikit lembap. Selepas itu, gunakan pengering rambut untuk mengangkat dan tarik rambut semasa mengeringkan dengan pengering rambut. Rambut anda akan kelihatan lebih berkilat.
4. Untuk rambut ikal dan kerinting, elakkan mengeringkan rambut dengan tuala
Anda yang mempunyai rambut ikal atau kerinting, harus mula membiasakan diri untuk tidak mengeringkan rambut dengan tuala. Ini boleh menyebabkan rambut anda tidak kelihatan licin dan berkilat.
Pertimbangkan langkah menggunakan pengering rambut apabila rambut dalam keadaan sangat basah dan susunkan rambut dengan sikat bergigi jarang semasa proses pengeringan. Percayalah, hasilnya akan kelihatan cantik dan menawan apabila kering kemudian!
5. Gunakan serum yang betul untuk mendapatkan rambut yang sempurna
Jangan lupa untuk menggunakan serum ketika melakukan pengering rambut. Laraskan serum dengan jenis dan tekstur rambut anda untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Rujuk dengan pakar jika anda mempunyai kesukaran memilih serum yang paling sesuai untuk rambut.
Selepas ini, pengeringan rambut dan penjagaan rambut tidak lagi menjadi masalah untuk anda! Untuk maklumat lanjut sila layari: