Cepat mengaku, siapa di sini yang tidak pernah menggiring kepala ketika swafoto? Rata-rata perempuan suka mengambil gambar mengiringkan kepala mereka.
Pernahkah anda terfikir, mengapa anda mengiringkan kepala anda setiap kali anda mengambil gambar? Bingung dan susah mahu memberi jawapan yang betul? Di sini, biarkan aliffchannel.com perjelaskan satu-persatu, ya.
1. Perempuan biasanya lebih suka satu sisi dari bentuk wajahnya
Perempuan biasanya mempunyai salah satu bahagian wajah yang disukai. Sama ada kiri atau kanan. Untuk menyerlahkan bahagian wajahnya yang disukai, perempuan biasanya memilih untuk mengiringkan kepala mereka semasa swafoto. Bahagian sebelah wajah akan kelihatan lebih jelas dan gadis itu akan rasa puas dengan hasil foto yang diperolehi.
2. Perempuan rasa foto yang dihasilkan tidak kaku apabila dia condongkan kepala
Apabila mengiringkan kepala anda, sudut foto pasti akan berubah. Gambar yang dihasilkan tidak akan kelihatan rata dan kaku, tetapi mewujudkan kesan estetik yang menarik. Ini adalah sebab perempuan suka menyengetkan kepala ketika mengambil gambar. Mungkin bagi lelaki perkara ini kelihatan pelik dan agak menjengkelkan tetapi untuk perempuan, gambar dengan kepala yang senget sebenarnya mempunyai nilai artistik.
3. Menjadi kebiasaan, sehingga secara tidak sedar dengan kerap mengiringkan kepala ketika swafoto
Ada juga perempuan yang mengambil foto sambil mengiringkan kepala mereka hanya kerana tabiat. Mereka terbiasa dengan tingkah laku mereka secara tidak sengaja dan selalu mengulanginya. Jangan risau, bukan anda sahaja yang begini.
4. Mengikuti tingkah laku selebriti, gemar mengikut gaya bergambar
Sesetengah perempuan tidak mempunyai sebab tertentu mengapa mereka mengiringkan kepala semasa swafoto. Mungkin sahaja disebabkan pengaruh media sosial dan orang yang kerap memuat naik foto adalah penyebabnya. Untuk mendapatkan gambar yang menarik seperti selebriti, perempuan kerap meniru aksi mereka.
5. Sesetengah perempuan percaya dengan mengiringkan kepalanya kelihatan lebih cantik
Apabila mengambil swafoto, menghadap kamera dengan kepala lurus, perempuan merasakan bahawa semua bahagian wajahnya akan kelihatan pelik. Oleh itu, dengan mengiringkan kepala, keindahannya lebih terserlah. Kedengaran agak pelik, tetapi boleh difahami.
Akhir kata, nak tanya ni, awak ada sebab-sebab lain ke suka ambil gambar swafoto dengan kepala senget? Tuliskan pada ruangan komen di bawah, ya!