Jika sebelum ini, Netflix pernah menyatakan keinginan mereka untuk mendapatkan lebih banyak pelanggan di pasaran Asia. Dalam usaha mencapai sasaran yang diharapkan itu, Netflix dilaporkan bersedia menawarkan harga yang lebih murah di beberapa negara di Asia.
Malaysia juga nampaknya bakal termasuk dalam promosi ini. Netflix dikatakan akan menawarkan pakej baru, “Mobile”, untuk pengguna peranti mudah alih di negara ini.
Dengan pelan harga RM17 sebulan, pelanggan boleh menonton Netflix dengan kualiti SD (tiada HD) tetapi hanya boleh menggunakan satu peranti sahaja untuk satu akaun pada satu masa. Ia adalah sama dengan pelan “Basic” pada harga RM 33 sebulan.
Di samping itu, Netflix juga dikatakan menawarkan harga langganan khas di iTunes, iaitu RM 49.90 sebulan untuk pelan Premium berbanding dengan harga biasa RM 51. Dengan langganan premium, anda boleh menggunakan 4 peranti dalam satu masa sebagai tambahan kepada rakaman video pada kualiti Ultra HD.
Tawaran ini dilihat hanya tersedia untuk pelanggan baru sahaja, dimana langganan satu bulan percuma akan diberikan selepas mendaftar. Malah, langganan ini juga boleh dibatalkan tanpa dikenakan sebarang bayaran.
Bagaimanapun, pakej Mobile ini masih dalam peringkat ujian dan belum lagi dapat dipastikan apakah akan bakal dilancarkan atau tidak di masa depan.