Kucing salah satu haiwan peliharaan yang paling banyak dipelihara dan disukai ramai orang. Ini disebabkan kucing boleh mempunyai hubungan yang mutualistik dengan manusia yang barangkali telah dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba daripada tikus dan roden yang lain..
Mungkin ramai antara anda pencinta haiwan yang perasan atau tidak, bahawa kucing kuat berdengkur ketika tidur. Bukan sahaja kuat berdengkur malahan suka mengiau terutama ketika lapar.

Kucing memiliki vokal suara yang luas dan inilah sebab mereka sering mengiau dengan manusia untuk memberikan pesanan atau mesej, dalam bahasa manusia kita panggilnya ‘bahasa’.
Apabila lapar, kucing akan datang kepada kita dan mengiau sambil menggesel kaki yang kadangkala tingkahlaku ini hanya ingin menarik perhatian kita. Kucing ketika bergaduh mereka akan mengiau dengan suara yang dalam, seakan sedang marah.
Bunyi kucing mengiau dapat dibezakan dalam 4 situasi, iaitu ketika ketakutan, kelaparan, marah, dan inginkan perhatian. Setiap bunyi yang dihasilkan amat berbeza.
Selain, kucing kuat berdengkur ketika sedang tidur adalah disebabkan signal yang dihantar ke otot yang membuatkan kontraksi otot dan menutup glotis.