Secanggih manapun sesebuah kapal terbang, pasti akan wujud “faktor x” yang membuatkannya bermasalah. Boleh jadi disebabkan dari enjin kapal terbang, juruterbang, penumpang, keadaan cuaca, dan sebagainya. Kita tidak akan tahu bila masalah itu akan terjadi, seperti yang berlaku kepada kapal terbang Lion Air dengan nombor penerbangan JT 610 yang dikhabarkan terhempas di perairan Karawang, Jawa Tengah, semalam.
Pihak anak kapal dan lapangan terbang selalunya memiliki SOP yang ketat, agar tidak terjadi kecelakaan pada kapal terbang. Sebaliknya, bagi penumpang, ada perkara yang seharusnya tidak dilakukan. Sebagai penumpang yang bijak, jangan sampai melakukan beberapa perkara ini agar tidak terjadi kecelakaan pada kapal terbang.
1. Menghidupkan telefon pintar ketika berlepas dan ketika mendarat
Anda tentunya sudah tidak asing lagi dengan peraturan ini, bukan? Walaupun telefon pintar telah dilengkap dengan ciri mod penerbangan, sebaiknya anda mematikannya ketika berlepas dan mendarat. Ini kerana waktu paling penting semasa penerbangan.
Jika tidak, juruterbang dapat mengalami gangguan radio komunikasi yang membuatnya susah mendengar informasi dari pengawas lalu lintas penerbangan. Seperti memetik laman telegraph.co.uk, menurut seorang pilot yang juga menulis buku “Cockpit Confidential”, Patrick Smith, telefon pintar bukanlah pengaruh utama yang membuat kapal terbang terhempas.
Akan tetapi, gangguan komunikasi radio itulah yang mengakibatkan kapal terbang boleh terhempas. Oleh itu, kita harus mematikan telefon pintar agar tidak menganggu radio komunikasi juruterbang.
2. Jangan membawa barangan terlarang
Faktor utama yang mengakibatkan kapal terbang terhempas adalah cuaca, kegagalan teknikal, kesilapan juruterbang, keadaan cuaca, barangan penumpang, dan sebagainya.
Ada barangan terlarang dan terbatas untuk keselamatan penerbangan. Di antaranya seperti bahan peledak, thinner, peroksida, koper, peranti penggera, dan sebagainya. Sedangkan untuk barang yang dibatasi, misalnya senjata tajam atau api, rokok elektronik, pemetik api, alat memancing, dan peralatan olahraga. Barang yang dibatasi itu boleh dibawa, tetapi ada prosedur yang harus difahami.
3. Membawa powerbank berkapasiti besar
Ada peraturan khusus tentang powerbank, yakni dilarang membawa melebihi kapasiti sekitar 20.000 mAh (bergantung pada syarikat penerbangan). Sebabnya, powerbank boleh meledak jika terkena panas berlebihan atau litar pintas. Selain itu, peraturan powerbank juga dapat menghindari adanya ancaman keganasan.
Walaupun dibenarkan dengan kapasiti tertentu, sebaiknya bawalah powerbank yang memang diakui terbaik kualitinya. Selain itu, jangan lakukan pengisian bateri dengan powerbank ketika berada di dalam kapal terbang, kerana ini menjadi panas yang boleh memicu terjadinya ledakan.
4. Jangan membuka pintu kecemasan kapal terbang
Jika tiada arahan membuka pintu kecemasan, jangan sesekali anda membukanya. Ini akan sangat merugikan seluruh awak dan pesawat penumpang. Membuka pintu kecemasan ketika enjin kapal terbang masih hidup dapat membuat anda tersedut ke dalam enjin kapal atau kapal terbang terhempas. Selain itu, anda boleh dikenakan hukuman penjara.
5. Merokok di dalam kapal terbang
Percaya atau tidak, memetik laman nytimes.com, penumpang kapal terbang dibenarkan merokok sehingga tahun 25 Februari 1990. Bagi perokok pasif, mereka harus berjuang menaiki kapal terbang dengan mata pedih, kerongkong rasa terbakar, sehingga risiko kanser paru-paru. Disebabkan kes ini, wujud larangan tegas bagi penumpang yang merokok. Jika didapati bersalah, bersiaplah menerima denda berupa penjara dan penalti wang ringgit.
6. Tidak menaikkan penutup tingkap ketika berlepas dan mendarat
Setiap kali berlepas atau mendarat, pramugari selalu menyarankan penumpang untuk menaikkan penutup jendela. Dengar seperti tidak penting, tapi ada alasan penting di sebalik itu. Ini dapat membuat penumpang memastikan keadaan kapal terbang, siapa tahu ada perkara buruk yang terjadi.
Dalam keadaan darurat, fokus penumpang akan jadi liar. Ini bermaksud, ketika berlakunya darurat, tiada lagi penumpang yang baru membuka penutup jendela.
Sebabnya, sesaat sahaja akan menjadi sangat bermakna untuk menyelamatkan nyawa. Regulasi FAA menyatakan bahawa penumpang kapal terbang harus dievakuasi dalam waktu kurang dari 90 saat.
Itulah beberapa tindakan yang harus kamu hindari untuk keselamatan anda semasa penerbangan. Jika tidak, nyawa adalah taruhannya!