Siapa di sini yang tidak boleh jauh dari permainan video atau internet? Tidak dapat disangkal, kedua-dua perkara ini sudah menjadi keperluan primer bagi sebahagian orang.
Di Malaysia, permainan video rata-ratanya hanya dipandang sebagai satu permainan, bukan satu cabang perniagaan yang boleh berkembang menjadi sebuah industri dan mensejahterakan ramai orang. Jika masalah ini dapat diatasi, industri e-sukan di tanahair bakal menjadi lebih progresif.
Korea Selatan kota terbaik di dunia untuk para gamer
Memetik laman centurylinkquote.com, yang telah menjalankan survei bandar-bandar tempat tinggal di dunia yang sesuai buat para gamer. Penilaiannya berdasarkan kelajuan internet, kepantasan internet di waktu puncak, kafe internet internet per kapita, perusahaan permainan video per kapita, dan lalu lintas trafik internet pada Steam secara global.
Keseluruhannya, Korea Selatan di tempat teratas dengan kelajuan internet sehingga 25 mbps, khususnya di Seongnam. Walaupun internet di Amerika Serikat tidak begitu cepat, namun perkembangan permainan video di sana cukup bagus.
Anda pasti sudah tidak asing lagi mendengar Electronic Arts, bukan? Malah di Amerika Syarikat, anda boleh mendapatkan gelaran sarjana sebagai pereka permainan video di University of Washington.
Apapun, berikut 10 bandar-bandar terbaik dunia dan paling sesuai untuk para gamer beraksi. Pasti anda akan semakin ketagih bermain permainan video.
1. Seongnam, Korea Selatan
2. Los Angeles, Amerika Syarikat
3. Seattle, Amerika Syarikat
4. Seoul, Korea Selatan
5. Malmö, Sweden
6. Stockholm, Sweden
7. Zürich, Switzerland
8. Cologne, Jerman
9. Akihabara, Jepun
10. London, England