Persiapan perkahwinan untuk wanita kerap kali dipandang masyarakat hanya untuk wanita — rawatan tubuh, persiapan majlis dan sebagainya. Urusan kewangan pula adalah tanggungjawab penuh lelaki.
Sayangnya, urusan perkahwinan akan berhasil jika kedua-dua mempelai sama-sama menyiapkan diri, termasuk untuk urusan kewangan rumah tangga. Oleh itu, ada beberapa perihal kewangan yang perlu diperjelaskan menjelang hari perkahwinan. Berikut di antaranya.
1. Pengurusan kewangan rumahtangga

Berkemungkinan anda selepas berkahwin memilih atau suami meminta anda untuk tidak bekerja lagi, itu bukan bererti anda tidak perlu tahu-menahu tentang soal kewangan keluarga anda kelak. Di situlah, kemampuan anda untuk mengelola wang pembelanjaan.
Jadi, supaya tidak terkejut pasca berkahwin, cuba lakukan latihan untuk menguruskan kewangan anda. Salah satu cara adalah dengan belajar untuk mengatur wang yang anda terima ketika ini agar semakin matang dlam mengurus kewangan sehingga berumahtangga.
Anda dan calon suami juga boleh mulai merancang bersama. Dengan demikian, Anda sudah melakukan persiapan untuk membiasakan diri mengelola wang bersama.
2. Ada wang simpanan dan dana darurat

Bukan calon suami saja yang perlu ada wang simpanan dan dana darurat. Anda juga perlu dapat melakukan persiapan ini seorang diri.
Tiada salahnya berkongsi tugas untuk menyimpan tabung perkahwinan, bukan? Yang berkahwin adalah anda berdua, bukan berseorangan sahaja.
Caranya mudah, anda asingkan 10% dari gaji masing-masing untuk tabung perkahwinan dan dana darurat.
Tabungan ini dapat membantu meringankan biaya perkahwinan. Sementara dana darurat untuk keperluan setelah berkahwin atau wang disimpan sehingga waktu ketika benar-benar memerlukan.
3. Siapkan target kewangan

Disebalik kisah orang berjaya, ada wanita yang sangat hebat. Anda pasti kerap mendengar pepatah tersebut.
Calon suami anda akan lebih berkemampuan bila anda menyokong dan turut sama-sama menjayakannya. Perkara ini anda boleh latih sebelum anda berkahwin lagi.
Anda harus memiliki target kewangan khusus apabila berkahwin nanti. Misalnya, untuk ada rumah dalam waktu lima tahun, sudah mulai siapkan dana pendidikan anak-anak setelah dua tahun berkahwin, dan lain-lainnya.
Percayalah, suami anda akan semakin bahagia kerana mempunyai isteri yang mempunyai visi dan misi dalam hidup.
4. Kemampuan mengurus rumah

Satu lagi persiapan berkahwin untuk wanita yang harus anda latih adalah kemampuan untuk mengurus rumah.
Memang ini tidak hubungan langsung dengan urusan kewangan. Tetapi, rumah yang selesa akan membuat anda lebih produktif untuk bekerja.
Jadi, mulai sekarang, anda berlatih untuk mengurus rumah, ya. Tidak perlu melebih-lebih, yang yang penting rumah selesa yang semungkin untuk didiami.
Sebenarnya, masalah mengurus rumah tidak menjadi tanggungawab penuh seorang wanita. Ini lebih kepada soal pembahagian tugasan sahaja. Suami dan isteri perlu bekerjasama dengan peranan masing-masing.
5. Insuran kesihatan

Siapa kata insuran kesihatan hanya untuk orang yang sudah tua? Mendaftar insuran kesihatan disarankan seboleh yang mungkin.
Ini kerana insuran jauh lebih rendah ketika waktu umur produktif. Dana dari insuran tersebut juga untuk masa depan anda.
Sudahkah anda berfikir untuk siap dengan segala persiapan kewangan sebelum berkahwin?