Memutuskan sesebuah hubungan cinta adalah sesuatu yang sukar untuk dilakukan oleh setiap insan yang bercinta. Lebih-lebih lagi ia akan melukakan hati kita lebih dari hati pasangan kita.
Tapi kadang-kadang, ada beberapa sebab yang menyebabkan anda memutuskan hubungan dengan kekasih anda. Situasi dimana putus cinta adalah lebih baik dari meneruskan hubungan.
Jadi, apakah tanda-tanda yang boleh menjadi penyebab anda wajib memeutuskan hubungan dengan kekasih anda dengan segera? Mari kita lihat senarai di bawah:
Didera dan dipukul sesuka hati
Anda sering dipukul oleh teman lelaki anda. Kadang-kadang, anda dipukul kerana benda yang kecil sahaja dan alasan yang sering diberikan oleh pasangan ialah,
“Abang ni memang panas baran sikit. Sabar aje la kalau kena lempang”,
“Abang ni keturunan pendekar. Lempang orang ni memang kebiasaan.”,
“Abang ni nak pergi Amerika, pergi audition jadi wrestler nak lawan Randy Orton.” dan bermacam jenis alasan lagi.
Buat apa teruskan hubungan kalau hari-hari makan pelempang dan terajang dari kekasih? Ada kemungkinan bila berkahwin dengan dia, anak-anak pula yang menjadi mangsa.
Dikawal dan dikongkong sepanjang masa
“Awak, saya nak keluar main futsal dengan kawan saya malam ni.”
“Tak boleh! Duduk rumah, tengok Adam dan Hawa. Nanti kita boleh tweet pasal scene-scene Adam dan Hawa malam ni.”
“Awak, saya nak keluar pergi shopping dengan adik saya…”
“Tak boleh! Jangan mengada nak keluar dengan lelaki lain.”
“Tapi.. Rafi tu kan adik saya..”
“I said no!”
Kerana kasih, hamba turutkan? Kenapa kekasih nak kongkong sampai macam itu sekali? Emak ayah pun tak pernah kongkong seperti itu.
Bukanlah kita tak boleh hendak mengongkong langsung tapi adalah batasannya. Janganlah melampau sangat. Janganlah kongkong pasangan macam bela hamster dalam sangkar.
Tiada cukup masa bersama
Bila free, dia pulak busy memanjang. Bila anda busy, dia pulak asyik ajak keluar date. Timing tak kena langsung. Habis itu, bila masa nak berjumpa, bergurau-senda dan memadu asmara kan?
Satu lagi situasi yang menyebabkan sukar untuk bersama ialah cinta jarak jauh. Tak kata cinta jarak jauh tak berjaya. Ada juga yang menjalankan hubungan jarak jauh dan sudah selamat diijabkabulkan dengan isterinya.
Tapi tak semua orang tahan dengan perhubungan jarak jauh. Kalau adna selalu rasa kesunyian, tak tenteram, selalu termenung, cepat jealous melihat kawan keluar bersama kekasihnya atau nafsu memuncak apabila melihat amoi ber-hot pants jalan seorang diri, dengan segala hormatnya silalah putuskan hubungan anda dan mulakanlah cinta jarak dekat.
Anda selalu sedih dari gembira
Asyik berendam air mata sepanjang perhubungan? Selalu menangis kerana perbuatan atau kata-kata kekasih ? Mata selalu bengkak kerana menangis dan terpaksa buat alasan,
“Semalam aku tengok cerita Adam dan Hawa. Aku menangis bukan sebab cerita tu sedih, tapi sebab jealous Aaron Aziz peluk perempuan lain”
Takkanlah setiap kali kawan pejabat bertanya tentang mata yang bengkak dan merah nak bagi alasan jawapan yang sama?
Baik putuskan saja hubungan.
Tidak dihargai dan tidak diambil berat
Setiap apa yang anda lakukan untuk kekasih, ia tidak pernah dihargai. Malahan siap mengutuk lagi. Anda bersusah payah nak buat sesuatu yang romantik atau surprise, tapi dia buat selamba badak siap bagi komen, “Apalah awak buat benda-benda macam ni?”
Kekasih juga tidak mengambil berat terhadap anda. Bukannya nak ditatang seperti minyak yang penuh. Cukuplah dengan whatsapp, “Good morning? You sihat? Dah breakfast?”. Ye tak?
Ketagihan
Bukanlah ketagihan dadah, arak, judi atau apa-apa benda negatif. Bila anda ketagihan kasih sayang dari si dia, ada baiknya anda lepaskan sahaja kekasih. Jangan menyusahkan hidup orang lain.
Jika anda ketagihan, kekasih anda pasti akan membantu dan terpaksa berkorban banyak benda hanya demi anda. Dan ini akan menimbulkan pandangan serong dari keluarga kekasih anda dan sudah pasti mereka menghalang perhubungan tersebut.
Bukan nak kata kalau sudah jadi penagih, terus jadi manusia yang hopeless terus nak bunuh diri terjun dari KLCC. Tapi seeloknya ubati diri dahulu. Sudah sihat waafiat, barulah fikir pasal nak menanggung anak dara orang.
Apa? Ketagihan seks? Baik kahwin sahaja. Settle.
Selalu ditipu kekasih
Ali: Eh? Siapa lelaki yang keluar dengan awak semalam tu?
Ina: Oh. Just a friend. Sekelas masa sekolah menengah tu.
Ali pun membelek telefon bimbit Ina. Pergi kebahagian galeri untuk melihat gambar di dalam telefonnya.
Ali: Eh? Apsal ada gambar awak tengah berpeluk dengan kawan awak ni?
Ina: Eemm… Eerr.. Oh, sebenarnya kitorang tengah kesejukan masa tu. Peluk tu sebab nak panaskan badan.
Ali: Okay. Tapi yang awak tengah comolot kawan baik awak tu, nak kira macam mana pulak?
Ina: Itu.. Itu dia tengah buat CPR. Saya lemas tu.
Ali: Lemas? Bukan awak keluar pergi Sogo ke dengan dia? Apa jadah lemas dekat Sogo?
Ina: Lemas sebab berpusu-pusu tengah shopping masa tu.
Nampak sangat menipunya. Dah boleh cari kekasih baru jika situasi ini berlaku.
Selalu menipu kekasih
Sama seperti situasi sebelum ini cuma yang bezanya, yang menipu kekasih adalah anda.
Ingat ya, selalu menipu. Perkataan “selalu” membawa maksud menipu kekasih terlalu kerap. Sekali sekala bolehlah kerana kadangkala menipu itu benda kebiasaan ketika menjalinkan hubungan.
Jika selalu menipu, itu tandanya bukan benar sukakan dia sebab memang tidak jujur dengan dia. Cinta yang suci menstilah berlandaskan kejujuran yang hakiki. Chewah!
Carilah kekasih baru. Habis cerita.
Tiada masa depan bersama dengan kekasih
Ini lebih merujuk kepada kehendak masing-masing terhadap masa depan. Mungkin si lelaki mahukan 3 orang anak, tetapi si perempuan tidak menginginkan anak.
Mungkin si lelaki bercita-cita ingin bekerja di luar negara, tetapi si perempuan pula mahu duduk di Malaysia kerana ingin membuka perniagaan di sini.
Si lelaki dan perempuan mempunyai pilihan masa depan yang berlainan. Cara terbaik ialah duduk berbincang bagaimana kedua-dua impian masa depan kedua-dua belah pihak dapat dilaksanakan.
Selepas berbincang, tapi masih tidak mendapat keputusan yang membahagiakan kedua belah pihak? Putus sahaja.
Kepada peminat siri How I Met Your Mother, anda boleh merujuk kepada kisah percintaan antara Ted dan Robin. Kedua-duanya mempunyai pandangan berlainan terhadap masa depan dan mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan (season 2 episode 22, Something Blue).
Masih terbayangkan bekas kekasih
Setiap kali keluar date dengan kekasih, memori ber-dating dengan bekas kekasih sering bermain difikiran.
Setiap kali memandang wajahnya, sering teringatkan wajah kekasih dan sering tersilap memanggil nama kekasih.
Itu bermakna anda belum move on dari hubungan dengan bekas kekasih. Ada baiknya putuskan hubungan dengan kekasih, dan ambil masa untuk bersendirian dan move on dari perhubungan silam.
Baik putuskan hubungan sahaja. Tak baik seksa diri dan kekasih tu. Jangan jadikan pasangan anda sebagai rebound girl/boy.
Kekasih seorang yang obses tahap melampau
Setiap manusia ada tahap obsesi masing-masing. Ada yang boleh mengawal obsesi mereka dan ada yang tidak mampu menahannya. Jika anda mempunyai kekasih yang obses terhadap sesuatu barangan atau orang, sila tinggalkan saja mereka.