Bibir merupakan satu aset pada bahagian wajah manusia. Kebanyakkan jika bahagian bibir, ramai wanita beranggap bahawa memiliki bibir yang sedikit tebal nampak lebih cantik dan seksi, namun ada juga yang berpendapat sebaliknya.
Terdapat kajian terbaru yang mengatakan bentuk bibir dapat menggambarkan personaliti seseorang itu.
Bibir biasa
Orang yang memiliki bibir inin sering menggunakan akal untuk menyelesaikan tugas yang telah diberikan. Mereka juga seorang yang suka mendengar masalah orang lain. Apabila mereka dikritik mereka akan menerimanya dan tetap memperlakukan orang itu dengan hormat.
Atas bibir memiliki bahagian yang tajam
Seorang yang kreatif. Selain itu juga, mereka yang memiliki bentuk bibir seperti ini mempunyai daya ingatan yang baik. Ketika sedang bersosial dia akan cuba untuk mengekspresikan diri mereka dalam segala bentuk. Mereka juga mempunyai kepercayaan diri yang tinggi dengan apa yang dilakukannya.
Bibir atas lebih besar
Seseorang yang memiliki bibir berbentuk ini dianggap sebagai orang yang kuat berdrama. Mereka beremosi, berkarisma, dan sangat sukakan kehidupan mereka. Pemilik bibir ini juga sering mendapat perhatian. Mereka juga mempunyai pendapat sendiri yang tinggi dan memiliki kemampuan untuk mempengaruhi orang lain
Bibir bawah lebih besar
Mempunyai sifat ingin tahun yang tinggi, mesra, dan terbuka kepada semua perkara baru. Seorang yang mempunyai sifat kemimpinan untuk membawa orang lain meneroka perkara baru.
Bibir puffy besar
Mereka yang memiliki bentuk bibir ini, sangat mengambil berat akan adik-adiknya malah haiwan peliharaannya juga. Mempunyai sifat keibuan seperti melindungi orang lain.