Cuaca panas yang tidak menentu ini, boleh menyebabkan badan kita selalu rasa lemah dan kekurangan air. Bila badan sudah kekurangan air, di situ bermulalah bibir menjadi kering dan pecah.
Bila bibir sudah mula menunjukkan kesan sedemikian, masa nak pakai gincu pun dah tak nampak cantik. Minum banyak air kosong adalah salah satu mengekalkan bibir cantik lembut dan segar.
Jangka masa nak tunggu bibir pulih memang akan mengambil masa sedikit, tapi ada empat cara yang mampu merawat bibir kering dan pecah ini. Bahan-bahannya juga mudah untuk kita dapati.
Ais
Tuam bibir dengan air batu selama 15 minit sebelum dan selepas bangun dari tidur.
Majerin
Sapukan marjerin pada bibir setiap malam sebelum tidur. Lakukan tiga kali seminggu untuk kesan yang cepat.
Air kelapa dan madu
Minum air kelapa muda yang bercampur kuning telur serta campur sedikit madu lebah. Minum sekali sehari sehingga sembuh.
Minyak zaitun
Sapukan minyak zaitun sebelum tidur dan ketika bibir anda mengalami kekeringan. Anda juga boleh menggantikannya dengan ubat gigi
Sebenarnya ada pelembab bibir yang mengandungi vitamin dijual di pasaran, tetapi jika anda rasa was-was dengan kandungan yang ada dalam kosmetik tersebut, sebaiknya anda cuba merawat sendiri bibir anda.
Takut nanti jika tersalah pilih pelembab bibir, dan tidak bersesuaian dengan bibir anda, makin teruk pula jadinya. Sebaiknya anda mengamalkan tips-tips di atas, senang dan mudah untuk anda merawatnya sendiri, lebih selamat tanpa was-was.
Jangan lupa mengamalkan tips- tips di atas. selamat mencuba.
Sumber: LubukSeni.com