Masalah rokok ini sebenarnya sudah lama dibangkitkan sejak masyarakat tahu bahayanya rokok, tetapi jika sudah terbabas sekali, bukan mudah untuk berhenti merokok.
Gejala tidak sihat ini bukan sahaja menghantui lelaki, namun juga kepada wanita. Walaupun sudah tahu apa keburukkan merokok, merka tidak meletakkan itu sebagai satu penghalan untuk mereka terus menghisap rokok.
Tetapi ramai yang tidak tahu apa kebaikan setelah berhenti merokok. Memang sangat payah untuk perokok tegar terus berhenti merokok dengan tiba-tiba, namun ada banyak cara bagi mencegah diri dari mengambil rokok sebagai ‘penyambung nyawa’.
Kesan buruk merokok bukan hanya terkena pada anda seorang, namun orang sekeliling anda turut terkesan. Isteri dan anak-anak turut menjadi mangsa bahaya rokok ini. Jika anda sayangkan keluarga anda, jauhi rokok dan jalani kehidupan normal dan sihat.
Apa kebaikkan jika anda berhenti merokok?
-Tekanan darah kembali normal. Perokok biasanya mempunyai tekanan darah yang sangat tinggi. Dengan berhenti merokok, secara beransur-ansur kembali kepada tekanan darah yang normal.
-Peredaran darah di dalam badan meningkat. Selepas seminggu tidak merokok, karbon monoksida di dalam badan anda akan berkurangan, seperti yang dilaporkan dalam Boldsky.
-Meningkatkan metabolisme. Ini bermakna badan akan menjadi lebih aktif dan sihat.
-Kulit kelihatan segar. Perokok mempunyai masalah bibir gelap dan gigi kuning. Berhenti merokok adalah penyelesaian terbaik untuk mengatasinya.
Walaupun terdapat kesan berhenti merokok yang positif, terdapat beberapa masalah kesihatan yang anda mungkin mengalami.
-Keinginan untuk merokok boleh menyebabkan sakit kepala. Aduan ini biasanya dirasai oleh setiap perokok yang mahu berhenti.
-Malas dan mengantuk. Nikotin merangsang jantung dan membuat badan menjadi celik. Itulah yang membuat anda ketagih dan sukar untuk menentang merokok.
-Masalah penghadaman terjejas. Sembelit, cirit-birit, loya dan masalah perut yang biasa dialami oleh perokok apabila berhenti.
-Tekak gatal. Anda mungkin merasa sejuk, batuk, tekak gatal, dan perubahan suara.
-Nightmare. Sebaik sahaja anda keluar dari tabiat buruk merokok, keadaan mental fikiran akan menjadi tidak stabil. Ini adalah disebabkan oleh kesan ketagihan nikotin.
Itulah adalah antara kesan-kesan yang berlaku selepas berhenti merokok. Jika anda seorang yang berfikiran luas, anda akan beranggapan bahawa ini adalah satu perubahan positif dan negatif yang memberi kesan kepada anda selepas berhenti merokok. Menjadi kuat dan komited untuk keputusan anda. Berhenti merokok adalah satu-satunya cara untuk hidup lebih sihat.
Sumber: Melayupost.com