Kerosakan otak adalah kecederaan yang menyebabkan kemusnahan atau kemerosotan sel otak. Ada beberapa jenis kecederaan otak iaitu sama ada akibat trauma, strok, tumor, atau penyakit lain. Semua kecederaan otak trauma adalah kecederaan kepala.
Tetapi kecederaan kepala tidak semestinya kecederaan otak. Terdapat dua jenis kecederaan otak iaitu kecederaan otak traumatik dan kecederaan otak. Kedua-duanya mengganggu fungsi normal otak.
Kerosakkan otak yang bukan disebabkan trauma kebanyakkan berlaku disebabkan beberapa faktor, salah satunya ialah tabiat buruk seseorang itu. Mari kita lihat beberapa tabiat buruk yang boleh membawa kepada kerosakkan otak.
Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
Merokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’
Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
Sebenarnya banyak lagi yang boleh menjadi punca-punca kerosakkan otak. Oleh itu, kita seharusnya mengambil langkah-langkah pencegahan terlebih dahulu sebelum terkena. Paling penting, jangan ikuti tabiat buruk ini dan amalkan memakan makanan yang boleh menyihatkan otak. Seperti contoh, strawberi atau blueberry yang dipercayai bermanfaat bagi kesihatan otak.
Hasil penelitian Dr. Elizabeth Devore bersama kumpulannya dari Harvard Medical School menemukan, wanita yang lebih sering mengambil blueberry dan strawberi sebagai makanan mempunyai daya ingatan yang lebih baik disaat mereka memasuki usia senja.
Sumber: Petuaibu.com