Aliff Channel
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
No Result
View All Result
Home Hubungan

10 Sebab Wanita Lebih Setia Berbanding Lelaki

leav by leav
July 7, 2017
in Hubungan

Ilustrasi - Foto: Pinterest.com

3.2k
SHARES
11
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Hubungan utuh terjalin dengan adanya sebuah kesetiaan. Memang sukar mahu kekal setia di era teknologi yang membenarkan kita menjalinkan hubungan persahabatan di alam maya. Kadang-kadang Facebook, Twitter dan Instagram juga mampu memusnahkan bukan sahaja percintaan malah sebuah perkahwinan.

Bagai sudah sebati ada dalam darah daging wanita lebih setia. Biarpun hakikatnya wanita juga mampu melakukan kesilapan besar tetapi wanita paling jarang menduakan atau curang pada pasangannya. Manakala lelaki sering menggunakan alasan hak kuota empat untuk tidak setia.

Kenapa Wanita Lebih Setia Daripada Lelaki?

Wanita kurang berbohong berbanding lelaki

Wanita berkata benar setiap kali berdepan dengan persoalan-persoalan ‘cepumas’. Tetapi jika terkena lelaki, tidak tentu lagi jawapan yang diberikan ada kebenarannya. Senang cerita, dalam 10 patah perkataan, mungkin hanya sepatah yang betul.

Perempuan menerima lelaki seadanya, tanpa menilai status atau darjat

Susah senang wanita sanggup harungi bersama demi cinta. Lelaki zaman ini pula lebih cenderung memilih pasangan berdarjat. Sanggup meninggalkan pasangan sebelumnya hanya kerana mengejar gadis yang lebih bagus berharta, berkedudukan atau popular.

Ketika lelaki mengalami masalah, wanita sanggup menjadi pendengar setia

Sering memberi sokongan. Segala nasihat akan diberikan. Semua saranan bakal dibentangkan agar si buah hati menemui jalan penyelesaian.

Memahami lelaki lebih di saat jatuh bangunnya dia

Wanita akan menghulurkan tangannya saat kehancuran pasangan. Takkan pernah terfikir meninggalkan pasangan walaupun lelaki itu tinggal sehelai sepinggang (mungkin ada yang kurang setuju, tetapi hakikatnya ramai yang sanggup susah bersama).

Sifat keterbukaan tanpa ada selindung

Wanita berterus-terang mengenai segala hal. Tiada apa perlu disorokkan. Berbanding lelaki yang punya pelbagai lapisan dalam diri mereka. Malah lebih banyak berselindung dari berterus-terang.

Menyimpan rahsia pasangannya dengan ketat

Segala rahsia diceritakan kepadanya pasti terkunci. Wanita tidak suka menjaja keaiban pasangannya. Mereka akan menyimpan segala rahsia walaupun setelah berpisah.

ADVERTISEMENT

Tidak penah meminta-minta wang ringgit daripada lelaki kerana wanita kini lebih berdikari

Lelaki pula suka mengambil kesempatan jika pasangan mereka lebih berduit. Terdapat juga kes di mana lelaki sanggup curang dengan isteri kerana tidak dimanjakan dengan wang.

Wanita berkorban lebih terutama melibatkan pasangannya

Sanggup membatalkan temu janji penting demi menjaga buah hatinya yang sakit, atau apa-apa juga keperluan yang didambakan.

Mentaliti

Seandainya ada lelaki lebih kacak sekalipun memberikan perhatian dan nombor telefon, wanita lebih cenderung bercerita mengenai dirinya yang telah berpunya. Sebaliknya lelaki kalau mendapat perhatian wanita seksi, pasti mula mengaku solo.

Wanita tak kisah diajak bertandang ke rumah keluarga kekasih

Tak kira berapa pun usia percintaan tetapi wanita tetap tenang untuk berdepan keluarga kekasih. Lelaki selalunya memberi alasan belum bersedia. Padahal mereka takut jika berjumpa keluarga nanti, soal perkahwinan terpaksa dibincang lebih awal.

ADVERTISEMENT

Sumber: Cicinta.com

Tags: setia

Popular Minggu Ini

  • Wanita Kelihatan Lebih Tua Dan Hodoh Pada Setiap Rabu 3.30 Petang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Elakkan Masak Kangkung Tumis Campur 2 Bahan Ini

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jenis Darah Dan Golongan Paling Setia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tidak Hanya Rasa Mengantuk, Ini Bahaya Makan Kangkung Waktu Sahur

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 35 Tempat Menarik Di Janda Baik Untuk Bersantai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Aliff Channel merupakan laman media atas talian yang menyediakan informasi dan produk terkini merangkumi;- tips, informasi, lifestyle, netizen, hubungan, hiburan, travel, kesihatan dan lain-lain.


A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved