Telefon pintar pada masa ini boleh dikatakan sebagai ‘teman hidup’ paling akrab kerana tentunya setiap orang tidak boleh lepas dari telefon pintar.
Namun, ada kesan buruk yang terjadi bila terlalu kerap menggunakan telefon pintar. Sebabnya, terlalu kerap kita menggunakan gerakan yang berulang semasa menaip dapat menyebabkan ibu jari meradang.
Terlalu kerap berbual menyebabkan tendon yang melentur ibu jari meradang. Malah, setiap tahun semakin banyak orang mengeluh sakit pada bahagian ibu jari.
Kristin Zhao, dari Mayo Clinic di Amerika Syarikat berkata, ibu jari meradang dicetuskan oleh salah satu sendi menjadi longgar. Itu sebabnya kerana tulangnya bergerak dengan situasi yang tidak normal.
“Gerakan menaip di telefon pintar sebabkan ibu jari meradang. Malah ada beberapa gerakan yang perlu tenaga tambahan,” ujar Zhao.
Hipotesis ini menyebutkan, gerak tulang yang tidak normal pada ibu jari boleh menyebabkan rasa sakit dan terjadinya osteoarthritis. Juga, akan lebih banyak kes arthritis di ibu jari.
Untuk mencegahnya, jangan terpaku menai[ dengan ibu jari sahaja. Sesekali gunakan jari telunjuk atau gunakan voice note yang semasa berbual.
“Lakukan juga senaman regangan di bahagian pergelangan tangan dan jari. Atau boleh berunding dengan doktor untuk mencegah kes keradangan,” katanya.
Sumber: Zeenews