Aliff Channel
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
No Result
View All Result
Home Lifestyle

Khasiat Buah Kurma Buat Ibu Mengandung, Sentiasa Cergas Walaupun Seharian Berpuasa

Yuyue by Yuyue
May 27, 2017
in Lifestyle
171
SHARES
12
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Bukan seorang ibu mengandung yang mengalami masalah berpuasa apabila di bulan ramadhan, selalunya ibu tengah sarat hamil mudah rasa lesu dan mengah.

Ada yang sudah bersahur pun masih rasa sangat lapar diawal pagi. Itu sebenarnya perkara biasa buat ibu mengandung, ini kerana nafsu makan ketika mengandung tidak sama dengan sebelumnya.

Pasti sesetengah ibu rasa sayang sangat hendak tinggal puasa kerana cepat letih kan? sebenarnya ketika mengandung ni la paling bagus untuk anda tidak meninggalkan puasa dan nanti tidak susah-susah hendak menggantikannya lagi.

Tetapi setiap ibu itu berlainan, oleh kerana itu, terdapat cara mengatasi masalah tersebut dan pastinya akan membuatkan para ibu rasa lega.

Kurma dan Susu

Selain adalah sunnah Nabi, ianya mampu memberi tenaga kepada ibu mengandung sepanjang berpuasa, khasiatnya juga bagus untuk ibu dan anak dalam kadungan.

Pada waktu malam, sebelum masuk tidur, ambil 3 biji kurma. Buang kulitnya dan racit-racit sedikit kurma itu menjadi kepingan kecil. Kemudian, rendam dalam air masak.

Apabila anda bangun sahur keesokkan paginya, tapis dan kisar kurma tersebut bersama dengan secawan susu segar. Minum dan niat supaya diberikan tenaga berpanjangan pada hari berpuasa!

ADVERTISEMENT

Sangat mudah tips ini! harap dapat membantu para ibu kekal cergas walaupun berpuasa.

Ambil Makanan Seimbang

Pada bulan ramadhan ini, cuba buang sikap suka makan makanan yang berlemak sahaja, pastikan nutrisi cukup dalam setiap hidangan. Jangan fikir nak makan sedap saja ya! Anda seharusnya memikirkan tentang kandungan anda, pastikan ambil makanan yang cukup nutrisinya.

-Karbohidrat kompleks seperti roti dan nasi
-Makanan berasaskan protein seperti daging, ayam, ikan atau kekacang seperti lentil dan kacang pis
-Sayuran atau ulam-ulaman
-Sebagai tip tambahan, kurangkan pengambilan gula yang berlebihan. Pada bulan puasa, kita semua memang suka makan kuih tradisional seperti kuih limas, ondeh-ondeh dan pelbagai lagi, tiada masalah. Cuma, kurangkannya!

ADVERTISEMENT

Perbanyakkan Minum Air Kosong

Selepas saja mendengan azan waktu berbuka, yang perlu anda jamah dahulu adalah kurma dan juga air masak. Ibu mengandung memerlukan kandungan air yang banyak untukanda dan juga anak dalam kandungan. Ia memastikan anda kekal hidrasi di siang hari.

Menurut Dr. Zubaidi, ada beberapa keadaan ibu mengandung yang tidak disarankan untuk berpuasa:

Ibu hamil yang mempunyai masalah darah tinggi yang tidak terkawal
Ibu hamil yang mempunyai risiko kelahiran pramatang
Masalah diabetes mellitus
Berpenyakit buah pinggang dan hati
Berpenyakit asma
Kehamilan kembar
Perlukah Menggantikan Puasa, Membayar Fidyah atau Kedua-Duanya?

Ada banyak pendapat ulama tentang hukum menggantikan puasa yang ditinggalkan oleh ibu hamil atau ibu yang sedang menyusukan anak.

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, di FB Jakim:

“Selepas meneliti dalil, kami lebih cenderung kepada pendapat mazhab Syafie dan Hanbali yang menyatakan hendaklah qadha sahaja jika kedua-duanya bimbang terhadap diri sendiri sahaja. Sebaliknya jika juga dibimbangi terhadap anak dan dirinya maka hendaklah diqadha dan membayar fidyah.”

Sumber: Theasianparent

Tags: kurmapuasa

Popular Minggu Ini

  • Kerja 45 Jam Seminggu? Ketahui Bagaimana Cara Pengiraan Sebenar

    Kerja 45 Jam Seminggu? Ketahui Bagaimana Cara Pengiraan Sebenar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 14 Tempat Menarik Di Tanjung Malim Untuk Jalan-jalan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 15 Tempat Menarik Di Muar Terkini

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Aliff Channel merupakan laman media atas talian yang menyediakan informasi dan produk terkini merangkumi;- tips, informasi, lifestyle, netizen, hubungan, hiburan, travel, kesihatan dan lain-lain.


A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved