Untuk nampak lebih cantik dan menawan, ramai wanita sanggup menahan sakit dan berhabis duit beribu ringgit dengan membuat pembedahan plastik. Kita selalu mendengar bahawa negara Korea adalah negara yang popular dengan pembedahan plastik.
Kajian dijalankan Persatuan Pakar Bedah Plastik Antarabangsa menunjukkan ramai wanita melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan lebih cantik. Pada 2011, terdapat 15 juta wanita dilaporkan menukar imej mereka melalui pembedahan plastik. Menurut kajian itu, wanita Korea paling ramai melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan cantik.
Pada tahun berikutnya, dianggarkan 20 peratus wanita Korea melakukan pembedahan kecantikan. Malah, industri pembedahan kecantikan ini diramal semakin melonjak naik di negara terbabit.
Selain negara Korea, Thailand adalah antara negara yang semakin ramai rakyatnya melakukan pembedahan plastik, dan baru-baru ini ramai yang telah melakukan pembedahan plastik kerana terlalu obses dengan bentuk bibir Patcharapa “Aum” Chaichua, seorang artis popular di sana.
Bagi wanita Thailand, memiliki bibir atas yang nipis kelihatan lebih cantik dan seksi berbanding bibir tebal. Oleh kerana itu mereka sanggup berhabis duit untuk nampak lebih cantik dan menarik.
Namun ada yang berpendapat, wanita Thailand sangat mudah terpengaruh dan akhirnya menyesal selepas melakukan pembedahan plastik tersebut.
Bersyukurlah, dengan pemberian ALLAH S.W.T yang asli cantik dan tidak perlu diubah-ubah. Janganlah kita melakukan perkara yang boleh memudaratkan diri sendiri.