Kentut di depan pasangan adalah tanda hubungan bahagia bukanlah bermaksud sesuatu yang menjijikkan malah merupakan angin yang keluar dari dalam badan yang adalah fitrah kejadian manusia.
Sebuah kajian mengatakan kentut di depan pasangan adalah rahsia atau kunci hubungan bahagia dalam perhubungan sesebuah pasangan.
Kentut di depan pasangan meninggalkan impak besar dalam sesuatu perhubungan seperti ketika pasangan anda mengucapkan ‘I love you’. Semak 5 sebab kentut di depan pasangan tanda hubungan bahagia mampu mengeratkan lagi perhubungan dan .
Selesa dengan pasangan
Anda seorang yang tidak akan menyorokkan sesuatu atau berahsia dengan pasangan kerana melepaskan kentut di depan pasangan.
Jenis suka bergurau
Hakikatnya kentut di depan pasangan membuatkan anda dan pasangan ketawa kerana lucu.
Memori indah bersama
Percayalah, terkenangkan insiden kentut di depan pasangan akan membuatkan mereka ketawa dan menjadikan hubungan bahagia apabila mengenangkannya kembali.
Kentut itu seksi
Tiada yang paling seksi selain dapat menerima baik buruk pasangan termasuk bau kentut. Samalah seperti, melihat teman wanita tidak memakai make up tetapi masih cantik. Jika tiada kepercayaan, perhubungan akan mula runtuh.
Jika anda kentut di depan pasangan , secara tidak langsung membuktikan anda tidak takut untuk menyerlahkan diri anda.
Sumber: Elite Daily