Pada zaman moden kini, penampilan adalah salah satu hal utama yang perlu difikirkan. Mulai dari pakaian, dandanan hinggalah perhiasan.
Tidak setuju? Lihat sahaja penampilan Melania Trump atau Che Ta yang selalu tampil glamor dan menarik perhatian bagi mereka yang melihatnya. Boleh dikatakan, itu adalah penampilan tipikal keinginan ramai wanita zaman sekarang; cantik, glamor dan menarik perhatian umum.
Namun, berbeza jika ceritanya dengan wanita-wanita ini. Mereka adalah isteri kepada orang-orang terkaya dunia yang duitnya jika dikira mungkin tidak akan habis selama tujuh turunan, namun dandanan dan gayanya wajar dikatakan biasa-biasa sahaja. Wanita seperti ini sukar dicari, namun sangat diidamkan oleh para lelaki.
Pricilla Chan
Sebagai isteri CEO Facebook, kekayaan Pricilla Chan jelas tidak perlu diragukan. Namun penampilan dan gayanya tetap ramah dan sopan.
Melinda Gates
Melinda Gates dan suami banyak menghabiskan masa dengan misi amal. Isteri orang terkaya di dunia ini tetap tampil bersahaja.
Lucinda Southworth
Lucinda Southworth merupakan isteri kepada pengasas Google pun penampilannya sangat biasa. Padahal isteri pembangun Google.
MacKenzie Bezos
Isteri pengasas Amazon, MacKenzie Bezos pun bukan wanita yang glamor. Dandanannya biasa, namun tetap menawan.
Flora P Rez Marcote
Suaminya adalah pemilik Inditex, salah satu perusahaan fesyen terbesar dunia, namun Flora P Rez Marcote bersahaja tampil ringkas.
Carolyn Persson
Menjadi kaya bukan bererti harus hidup glamor dan serba mewah. Istri bos H&M, Carolyn Persson ini memilih mengenakan outfit sesuai dengan acaranya.
Julia Flesher
David Koch adalah salah satu orang terkaya di bumi. Namun isterinya, Julia, tidak hidup mewah dan memilih untuk menghabiskan waktunya bersama anak-anak tercinta.
Astrid Menks
Sebagai isteri kepada Warren Buffett yang merupakan salah satu ahli perniagaan terkaya dunia, penampilan Astrid sangat normal dan biasa. Buat dirinya, penampilan itu tidak perlu sangat untuk difikirkan.
Christy Walton
Sebagai isteri mendiang pemilik Wallmart yang kaya raya, Christy Walton bagaimanapun menolak gaya hidup mewah. Dia lebih memilih untuk hidup jauh dari orang ramai.
Walaupun kadang-kadang mereka juga mengenakan pakaian yang cantik ketika ke pesta atau menghadiri acara rasmi lainnya, namun mereka tetap ingat bahawa bukan cantik fizikal yang utama. Isteri orang-orang terkaya ini lebih sering berpenampilan biasa-biasa saja. Bukan penampilan yang jadi fokus utama, namun hati, kecerdasan dan sifat yang harusnya diperbaiki. Semoga lebih ramai perempuan meniru gaya hidup mereka.