Satu kajian telah dilakukan oleh penyelidik di Universiti Lincoln, Universiti Lancaster, dan University of Hertfordshire. Seeramai 500 peserta telah diajukan soalan tentang diri dan sikap mereka yang berkait dengan telefon pintar mereka.
Hasil daripada kajian tersebut mendapati pemilik Iphone mempunyai tahap kejujuran dan amanah yang rendah daripada pengguna Andriod. Kajian ini mengukur personaliti diri pengguna yang merangkumi keikhlasan, kejujuran, kesetiaan, dan kerendahan hati.
Selain daripada itu, penyelidik juga mendapati bahawa pengguna Iphone juga lebih cenderung untuk melihat telefon mereka sebagai simbol status daripada pengguna Android, dan mereka mempunyai tahap yang lebih tinggi emosional, dan lebih cenderung untuk ekstrovert.
Pengguna Android kurang berminat dengan kekayaan dan status sosial, dan lebih jujur. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Cyberpsychology, Behaviour, and Social Networking, mendapati mereka kebarangkalian mereka untuk melanggar peraturan untuk kepentingan peribadi agak kurang berbanding daripada pengguna Iphone.