Ramai mengatakan makan bersendirian adalah satu perkara yang amat menyedihkan. Mereka dianggap sentiasa hidup dalam kesunyian dan tidak berteman. Malah, majoriti berpendapat tidak ingin hidup menjadi seperti mereka.
Tetapi, sebut sahaja makanan semua pasti setuju bahawa makanan dapat membuatkan kita rasa gembira, serta kita dapat menikmatinya tanpa kehadiran orang lain.
Sesi makan adalah pengalaman secara individual. Ia adalah sesuatu yang kita cipta sebagai pengalaman sosial cuma ianya secara individu. Tetapi, mengapa mereka yang makan bersendirian dirasakan aneh? Mereka yang makan bersendirian melepasi norma sosial manusia, dan mereka juga bersikap kuat dan yakin.

Bukanlah mereka tidak dapat mencari teman, tetapi mereka tidak memerlukan teman. Mereka dapat menikmati makanan tanpa orang lain. Mereka lebih kuat, lebih berani, dan lebih gembira.
Orang yang makan bersendirian adalah orang yang boleh bersendirian. Mereka belajar untuk membuatkan diri mereka selesa. Malah, mereka tidak perlu mendengar cerita yang kerap kali didengar, dan tidak perlu berbual kosong.
Kadangkala, sebuah buku boleh menjadi peneman lebih baik. Sebuah buku tidak memberitahu perkara yang anda tidak ingin dengar. Buku yang baik adalah seperti sahabat baik. Buku ada apabila mereka memerlukannya, dan sedia menanti ketika anda perlu bersendirian. Selain itu, buku juga sesuatu yang paling berbaloi dibelanjakan wang ke atasnya.
Ketika bersendirian, mereka akan menjadi lebih peka. Malah, mereka akan lebih terhubung dengan dunia kecil mereka.
Sumber: Nakbebel.com