Aliff Channel
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
No Result
View All Result
Home Lifestyle Kesihatan

8 Rahsia Kelebihan Ketawa Selain Menghilangkan Tekanan Stres

leav by leav
December 15, 2016
in Kesihatan, Life Tips

Foto ilustrasi - Pexels/bruce mars

280
SHARES
1
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Biasanya kita ketawa bila hati senang dan ada perkara yang melucukan. Jangan pula ketawa seorang diri nanti dituduh gila pula walaupun suka ketawa.

Sebenarnya banyak kebaikkan kerap ketawa ini selain yang kita tahu boleh menghilangkan tekanan stres. Berikut ini Aliff Channel kongsikan.

1 Tidak hanya mengurangkan stres

Foto ilustrasi – Pexels/mentatdgt

Rata-ratanya ramai mengetahui stres akan rasa berkurangan apabila kita kerap ketawa. Kadar hormon stres seperti kortisol dan adrenalin akan menurun ketika anda ketawa. Disebabkan hormon-hormon inilah yang memberi tekanan terhadap sistem ketahanan tubuh yang boleh mendorong kepada jangkitan, penyakit dan kesihatan yang tidak baik. Satu kajian mendapati bahawa ketawa membantu mengurangkan stres dan meningkatkan fungsi ketahanan tubuh. Ia juga sangat bermanfaat untuk rawatan pesakit kanser dan HIV.

2 Memperbaiki aliran dan tekanan darah

Foto ilustrasi – Pexels/Designecologist

Ketawa telah terbukti dapat menurunkan atau mengimbangkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah vaskular. Ianya dapat membantu untuk melancarkan kembali peredaran darah dan meningkatkan oksigen dalam darah. Selain daripada itu, ketawa juga merupakan terapi terbaik untuk memerangi penyakit jantung.

3 Merupakan senaman

Foto ilustrasi – Pexels/mentatdgt

Hasil daripada penyelidikan menunjukkan bahawa dengan ketawa sebanyak 100 kali, jumlah tenaga yang digunakan adalah bersamaan dengan 10 minit mendayung kanu atau 15 minit mengayuh basikal.

4 Meningkatkan ketahanan tubuh

Foto ilustrasi – Pexels/mentatdgt

Dengan ketawa telah terbukti dapat meningkatkan kadar salivary immunoglobulin A (IgA), yang merupakan antibodi penting untuk memerangi bakteria dan jangkitan terutama dalam sistem pernafasan.

5 Menghilangkan kesakitan

Foto ilustrasi – Pexels/bruce mars

Ketawa adalah merupakan rawatan secara semulajadi yang dapat membantu untuk menghilangkan rasa sakit walaupun ia hanya bersifat sementara.

6 Meningkatkan kemahiran bersosial

Foto ilustrasi – Pexels/Di Lewis

Perasankah anda dengan ketawa dapat memudahkan lagi seseorang untuk berhubung, berkomunikasi dan sebagainya. Seorang yang mudah untuk ketawa akan lebih mudah untuk didekati berbanding seorang yang serius. Sesuatu perhubungan akan menjadi lebih akrab sekiranya sering ketawa.

ADVERTISEMENT

7 Mengurangkan agresif

Foto ilustrasi – Pexels/Key Notez

Dengan ketawa akan menyebabkan anda menjadi lebih tenang dan kurang agresif, yang boleh membantu anda membentuk perspektif yang lebih jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku di sekitar anda. Dalam sebuah kajian, seseorang yang gemar untuk menonton video lucu kurang bersifat agresif berbanding orang yang tidak suka menontonnya.

8 Memberi tenaga kepada organ dalaman

Foto ilustrasi – Pexels/Min An

Seperti yang telah dinyatakan, ketawa akan meningkatkan aliran darah, mengurangkan hormon stres dan secara tidak langsung merupakan salah satu senaman. Dengan kata lain, ketawa dapat membantu untuk mencerdaskan otak, jantung dan paru-paru serta merangsang organ-organ ini ke dalam tindakan yang anda lakukan dan memberikan tenaga terhadap organ-organ ini untuk berfungsi dengan baik.

ADVERTISEMENT
Tags: ketawaStres

Popular Minggu Ini

  • sayur kangkung

    Elakkan Masak Kangkung Tumis Campur 2 Bahan Ini

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mahu Timang Bayi Lelaki, Wanita Hamil Ketuk Paku Ke Dalam Kepala

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tidak Hanya Rasa Mengantuk, Ini Bahaya Makan Kangkung Waktu Sahur

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ini Golongan Jenis Darah Yang Paling Suka Tidur

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Keunikkan Wanita Berkening Tebal

    553 shares
    Share 553 Tweet 0

Aliff Channel merupakan laman media atas talian yang menyediakan informasi dan produk terkini merangkumi;- tips, informasi, lifestyle, netizen, hubungan, hiburan, travel, kesihatan dan lain-lain.


A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved