Aliff Channel
  • Netizen
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
  • Netizen
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Aliff Channel
No Result
View All Result
Home Lifestyle Life Tips

Ungkap Sikap Wanita Dengan Cara Berjalan

leav by leav
December 15, 2016
in Life Tips

Ilustrasi

776
SHARES
4
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Golongan lelaki mungkin dapat menghuraikan panjang lebar tentang perkara yang tidak mereka sukai mengenai wanita di sekitarnya, sama ada golongan ibu, makcik-makcik atau pasangan mereka sendiri. Namun demikian, pernah tak anda fikir sikap perempuan yang sebenar-benarnya di sebalik perangai dan kelakuan perempuan tu sendiri?

Ya, perempuan memang sukar diduga dan mereka sendiri kadang-kala tidak mengerti perasaan hati mereka. Di bawah ini aliffchannel.com kongsikan beberapa perkara yang pasti lebih menarik buat lelaki untuk mengetahui sikap-sikap perempuan sebenarnya disebalik setiap kelakukan mereka.

Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

Asyik Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

Ilustrasi

Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

Berjalan Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

Badan Bergerak Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

ADVERTISEMENT

Berjalan Seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.

Sumber: eberita.org

ADVERTISEMENT
Tags: wanita

Popular Minggu Ini

  • “Saya Memang Tak Ada Rumah,” – Khairul Amin Dedah Perbelanjaan Hidupnya

    “Saya Memang Tak Ada Rumah,” – Khairul Amin Dedah Perbelanjaan Hidupnya

    563 shares
    Share 225 Tweet 141
  • Sedap Ke? Coca-Cola Buat Resipi Baru Guna Artificial Intelligence (AI) – Y3000 Zero Sugar

    128 shares
    Share 51 Tweet 32
  • Daiyan Trisha Jumpa Pelakon Amerika, Netizen Mengidamkan Kehidupan Sepertinya

    58 shares
    Share 23 Tweet 15
  • Jom Tengok Apa Yang Kitorang Rasa Lepas 2 Minggu Guna lil SOLID Ez

    319 shares
    Share 128 Tweet 80
  • Nahas Kapal Terbang Terhempas Di Elmina Berulang Selepas 46 Tahun

    15 shares
    Share 6 Tweet 4
No Result
View All Result
No Result
View All Result

Aliff Channel merupakan laman media atas talian yang menyediakan informasi dan produk terkini merangkumi;- tips, informasi, lifestyle, netizen, hubungan, hiburan, travel, kesihatan dan lain-lain.


A part of Val Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Netizen
  • Travel
  • Teknologi
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved