Seorang lelaki, bapa kepada 3 orang anak ini enggan bercakap dengan isterinya selama 20 tahun kerana merajuk namun beliau terus tinggal bersama isteri dan keluarganya.
Beliau cuma akan bercakap dengan anak-anaknya tetapi akan berdiam diri kepada isterinya, Katayama Yumi selama 20 tahun. Beliau hanya akan mengganguk atau mengomel saja bagi menjawab setiap soalan dari isterinya.
Ini adalah sebab mengapa beliau berbuat demikian. Lelaki tersebut terlalu cemburu kerana isterinya memberi lebih perhatian kepada anak-anaknya. Masalah pelik itu didedahkan oleh anak lelakinya, Yoshiki yang berumur 18 tahun menulis ke dalam rancangan TV untuk mendapatkan bantuan supaya ibubapanya bersatu semula.
“Saya tidak pernah mendengar bapa saya bercakap dengan ibu saya, tetapi ibu saya bercakap seperti biasa dengannya,” jelas Yokhisi semasa rancangan TV itu. Ia seperti bercakap dengan tunggul. Kakaknya yang berusia 21 dan 25 tahun juga menyatakan hal yang sama, tidak pernah melihat bapanya bercakap dengan ibu mereka.
Semasa rancangan TV berlangsung, difahamkan kisah ini akan difilemkan di bandar Nara, Southern Jepun. Bapanya berkata bahawa beliau sangat cemburu apabila isterinya memberi perhatian yang lebih kepada anak-anaknya dan tidak bercakap seperti dulu lagi. Rancangan TV ini merancang untuk menyatukan kembali suami isteri ini dengan mengatur semula pertemuan antara mereka berdua ditaman yang sama dimana tempat yang pernah tempat mereka berdua “dating”.
Situasi menjadi sangat indah apabila rancangan ini berhasil dan menjadi perkara yang sangat bermakna bagi Yumi kerana setelah sekian lama tidak mendengar suara suaminya. Suaminya juga mengucapkan beberapa perkataan kepada Yumi ketika mereka duduk bersama-sama di bangku Taman Nara.
Yoshiki dan kakaknya menangis sebab setelah menonton video bapanya, Otou berkata: “Sudah sekian lama saya tidak bercakap dengan awak, sayang“.
Ayat tersebut membuatkan Yumi menangis gembira setelah mengalami banyak kesusahan dan beliau sangat berterima kasih atas pertemuan itu. Akhirnya pasang itu berjanji perkara yang sekian lama ini tidak akan berlaku lagi.